Cristiano, Georgina dikatakan akan berkahwin sebelum Piala Dunia Qatar

 

DOHA – Pasangan selebriti popular dunia bola sepak, Cristiano Roanldo dan Georgina Rodriguez dikatakan bakal berkahwin sebelum Piala Dunia 2022 berlangsung pada November ini, lapor laman berita Wolipop.

Menurut sumber, alasan yang memaksa Cristiano dan Georgina berkahwin segera adalah lokasi Piala Dunia kali ini iaitu Qatar melarang sebarang aktiviti seks luar nikah sepanjang kejohanan berlangsung.

“Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)  mengeluarkan amaran agar pemain bola sepak negara-negara yang  bertanding agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Qatar.

“Aktiviti seks bebas adalah tidak dibenarkan di Qatar kecuali anda datang sebagai pasangan suami isteri,” ujar sumber tersebut.

Sekiranya arahan tersebut dilanggar secara sengaja, pesalah akan berdepan hukuman penjara tujuh tahun.

Ini adalah kali pertama larangan seks bebas diterapkan oleh negara penganjur Piala Dunia.

Larangan tersebut juga dikatakan menjadi punca beberapa pemain bola sepak antarabangsa melangsungkan perkahwinan pada Jun lalu termasuk pemain Sepanyol, Jordi Alba yang berkahwin dengan Romarey Ventura pada 18 Jun lalu, Dani Carvajal dengan Daphne Cañizares (24 Jun 2022), dan bintang Manchester United Harry Maguire dengan Fern Hawkins (26 Jun 2022).

Cristiano dan Georgina yang mula bercinta sejak 2017,  dikatakan bakal menyusuli rakan-rakan mereka dan sedang membuat persiapan perkahwinan dengan kejohanan berbaki lima bulan sahaja lagi. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker