RM1.3 trilion aset golongan elit Russia dibekukan
MOSCOW – Pasukan petugas sekatan terdiri daripada sekutu-sekutu Ukraine telah membekukan sumber kewangan milik golongan elit dan bank pusat Russia bernilai lebih AS$330 bilion (RM1.3 trilion), saluran televisyen France24 kelmarin.
Pasukan Bertindak Elit, Proksi dan Oligarki Rusia (REPO) menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka menyekat aset oligarki dan pegawai Russia berjumlah AS$30 bilion (RM132 bilion) serta melumpuhkan AS$300 bilion (RM1.3 trilion) milik bank pusat Russia.
REPO juga menahan sekurang-kurangnya lima kapal layar dan membekukan hartanah mewah milik jutawan-jutawan Russia.
“Kami akan memastikan bahawa sekatan ini akan terus membebankan kewangan Russia selepas Moscow melancarkan pencerobohan tanpa provokasi dan berterusan ke atas Ukraine,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).
REPO ditubuhkan pada 17 Mac lalu, tiga minggu selepas pencerobohan Ukraine berlaku. Tujuan penubuhannya adalah untuk meningkatkan tekanan ekonomi ke atas Moscow dengan harapan Presiden Russia, Vladimir Putin memilih untuk menamatkan perang.
Anggota REPO termasuk pegawai kewangan dan kehakiman tertinggi AS, Australia, Perancis, Kanada, Jerman, Jepun, Itali dan Britain di samping Suruhanjaya Eropah.
Mereka bertindak pantas untuk merampas estet mewah dan kapal layar mega milik jutawan-jutawan Russia yang diketahui mempunyai hubungan baik dengan Putin.
Pada masa sama, REPO juga berusaha untuk meminggirkan Moscow daripada sistem kewangan antarabangsa, menjadikan lebih sukar bagi Kremlin untuk menggunakan mata wang Russia di pasaran global. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Najib jawab dakwaan Anwar
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Isteri hilang selepas keluar bekerja
- Ismail lancar Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia myezycover.com
- Ekonomi global dan kenaikan harga barang – Dr Akmal Saleh
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Berkhalwat ketika suami keluar kerja
- Perbuatan kamu lebih teruk daripada binatang
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET