‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, tema Hari Kebangsaan tahun ini

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, tema Hari Kebangsaan tahun ini

Keluarga Malaysia Teguh Bersama merupakan tema bagi sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, tema tersebut dipilih selari dengan konsep keharmonian Keluarga Malaysia yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, sambutan tidak seharusnya bersifat majlis besar yang dilaksanakan di peringkat nasional, sebaliknya perlu menunjukkan cara setiap keluarga masyarakat daripada pelbagai kaum dan latar belakang menyambut Hari Kebangsaan.

“Kita juga akan menggerakkan unit-unit yang ada dalam rangkaian komuniti Keluarga Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain agar semuanya mengambil inisiatif untuk menggerakkan dan mengadakan sambutan peristiwa ini di peringkat akar umbi.

“Malah kalau boleh kita jalankan kempen agar sambutan berlaku juga di peringkat keluarga, mungkin sebagai contoh mewujudkan satu pertandingan di aplikasi TikTok untuk memperlihatkan cara-cara Keluarga Malaysia kita menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri di sini hari ini.

Jelasnya, beliau akan mendapatkan kerjasama semua kerajaan negeri serta wakil-wakil rakyat dalam menjayakan sambutan hari itu nanti.

“Saya mahu semua rakyat menyambut Hari Kebangsaan tanpa mengira kaum dan mahu melihat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Annuar memberitahu, pemilihan logo berkonsepkan jalur liputan internet untuk sambutan kali ini, amat bersesuaian dengan situasi dialami negara ketika ini.

“Tiga warna pada logo mempamerkan kebersamaan rakyat sebagai Keluarga Malaysia yang hidup bersatu dan aman damai sekali gus menjadi intipati untuk negara bergerak ke hadapan dan menggambarkan negara telah berkembang daripada kecil kepada (pembangunan) lebih besar.

“Ia juga melambangkan bagaimana rakyat komited untuk terus maju ke dalam suasana yang mencabar, namun masih mempunyai teknologi terkini seperti jalur lebar, wifi yang menjadi pengikat, penghubung dan asas kepada kesalinghubungan kehidupan dan ekonomi,” ujarnya. K Online

‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, tema Hari Kebangsaan tahun ini


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker