Angkara baki seringgit, warga emas kena tetak di kepala (Video)

Angkara baki seringgit, warga emas kena tetak di kepala (Video)

GARA-GARA baki duit seringgit atau lebih tepat satu dolar Singapura yang tidak dipulangkan tiga tahun lepas, seorang warga emas cedera ditetak di kepala dalam satu kejadian di Blk 111, Jalan Bukit Merah, Singapura, pukul 11.15 pagi kelmarin.

Memetik laporan Mothership, ketika kejadian tersebut, mangsa Chen Jinshun, 75, sedang duduk di luar sebuah kedai sambil melihat orang bermain catur sebelum secara tiba-tiba, suspek berlari ke arah mangsa.



Difahamkan, mangsa cuba melarikan diri namun terjatuh ke tanah lalu suspek bertindak pantas dengan menetak kepala warga emas terbabit.

Rakaman kejadian terbabit turut tular di laman sosial memaparkan orang ramai kemudian menghalang tindakan suspek dengan menggunakan kerusi.

Suspek terbabit berjaya ditahan manakala mangsa dibawa ke Hospital Awam Singapura bagi menerima rawatan.

“Mangsa dibenarkan keluar hospital pada hari yang sama dan menerima tujuh jahitan di kepala,” memetik laporan Mothership.



Susulan kejadian terbabit, mangsa tampil mendedahkan cerita sebenar dan mendakwa pernah berselisih faham mengenai duit baki sebanyak satu dolar Singapura, tiga tahun lalu.

Kongsinya, dia dan suspek hanya pernah berjumpa sebanyak empat kali.

“Pertama kali jumpa ketika saya ke Telok Blangah Crescent Food Centre bagi membeli you tiao (cakoi).

“Berlaku pertengkaran kerana dia bagi wang baki kurang sebanyak satu dolar kepada saya. Selepas kejadian tersebut, saya tidak pernah ke gerai tersebut,” kongsinya.



Jelas Chen, dia telah melupakan kejadian terbabit namun terserempak sekali lagi dengan suspek pada akhir tahun lalu di kawasan rumahnya.

Mengulas lanjut, pada 9 Jun lalu, Chen sedang bermain catur bersama rakan-rakan sebelum suspek datang dan menumbuk mukanya.

Jelas Chen, dia telah jatuh lalu terus melarikan diri sebaik sahaja bangun.

“Saya hanya teringat kejadian ketika beli you tiao selepas membuat laporan polis dan diberi akses melihat rakaman CCTV sewaktu serangan tersebut,” ujarnya.



Sementara itu, menurut seorang peniaga wanita, Lin, 59, dia memberitahu bahawa berlaku pertengkaran antara pemilik kedai dengan suspek pada tiga bulan lalu.

“Suspek tidak berpuas hati kerana anak pemilik kedai tidak sengaja mencederakan tangannya sewaktu menangkap burung,” ujarnya.

Jelasnya, pertengkaran tersebut menjadi amat besar sehingga melibatkan polis.

Menurut pemilik gerai minuman, Lin Pinhong,33, dia mengenali suspek dan memanggilnya sebagai Uncle Jason.



Katanya, ketika Lin baru sahaja mengambil alih gerai minuman tersebut pada tahun 2017, suspek amat mengalu-alukan kehadirannya.

“Bagaimanapun, perwatakan Uncle Jason berubah secara drastik sejak dua tahun lalu”.

Menurutnya, suspek dilihat dalam keadaan tertekan dan kerap kali bertelingkah dengan pelanggan.

Sementara itu, suspek telah ditahan polis dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian itu. Utv



Angkara baki seringgit, warga emas kena tetak di kepala (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker