Hospital kerajaan tetap yang terbaik
BEBERAPA hari lepas, Merak Jalanan bermalam di Hospital Shah Alam menemani anak yang dijangkiti demam viral.
Selalu juga baca komen-komen netizen mengenai perkhidmatan hospital kerajaan.
Ramai yang kata jururawat garang, doktor tidak profesional, bersikap kasar kepada pesakit dan macam-macam lagi.
Tapi pemerhatian Merak Jalanan sepanjang hari itu, langsung tidak seperti digambarkan, bahkan kami melalui momen-momen indah di wad pediatrik kelas ketiga itu.
Walaupun wad penuh dan katil kami terpaksa ditempatkan di dalam kawasan permainan (playground) bersama beberapa pesakit lain, layanan diterima tetap penuh santun, dijaga rapi dan pemerhatian kesihatan dibuat secara konsisten setiap beberapa jam.
Kebetulan ada seorang anak warga asing yang menjadi ‘jiran’ sebelah katil kami. Waktu Merak Jalanan berborak dengan ibunya, dia juga memuji-muji kakitangan wad kanak-kanak itu.
Setiap kali tiba waktu makan iaitu empat kali sehari, wanita itu angkat ibu jari tanda bagus sambil memberitahu Merak Kayangan: “Di negara saya, hospital tak akan beri makan macam ini.”
Sebenarnya ramai tidak tahu yang perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah antara terbaik di dunia.
Bahkan, negara kita pernah menduduki carta pertama dalam kategori Penjagaan Kesihatan bagi Indeks Persaraan Global Tahunan 2019.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkannya sebagai satu pengiktirafan hebat dunia.
Sewaktu anak Merak Jalanan dibenarkan discaj, kos tinggal di wad selama tiga hari termasuk semua prosedur perubatan ialah RM953.
Tetapi Merak Jalanan terkejut apabila diminta membayar RM17.50 sahaja kerana kerajaan memberikan subsidi.
Sudahlah perkhidmatannya terbaik, harganya pun murah. Masihkah kita tidak mahu bersyukur?
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS akan tinggalkan PN
- Anna Jobling dituduhkan promosi ‘soft porn’, maksiat
- Pembuang saka terkenal ditahan kes berkhalwat
- Mat Kilau terus cipta magis, RM16 juta 5 hari tayangan
- Jurutera kasari polis trafik ditahan reman tiga hari (Video)
- Datuk Yusri tipu projek naik taraf jalan raya dicari polis
- Tajuddin anjur kenduri rakyat untuk PM Ahad ini
- Lufya cedera, anak hampir diculik
- Komplot belot Presiden, Tok Mat perlu jawab
- Drama Tajuddin tidak beri kesan pada Zahid dan UMNO
- MP UMNO Jeli, Masjid Tanah & Bagan Serai lompat ke Bersatu demi selamatkan diri
- Mahathir takut berhadapan dengan Apandi Ali, protes keluar pejabat peguam negara
Layari Laman Facebook MYKMU.NET