Jamu pelajar tahfiz 160kg durian

Pelajar tahfiz Madrasah Khoirul Uloom seronok makan durian

SEREMBAN – Seramai 70 pelajar tahfiz Madrasah Khoirul Uloom di sini diraikan oleh Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS) dengan 160 kilogram (kg) durian pada Isnin.

Penaung PCRS, Zulkifli Muhamed berkata, program itu dianjurkan bertujuan berkongsi rezeki sempena musim durian kali ini.

“Sekarang ini musim durian dan semestinya anak-anak di pusat tahfiz ini juga ada keinginan untuk makan durian tapi hasrat itu hanya disimpan dalam hati.

“Jadi kita ambil ruang belanja anak-anak ini makan durian dan ia juga sebagai menghargai sumbangan mereka yang saya boleh katakan membawa kerahmatan dalam sesebuah kawasan,” katanya kepada Sinar Harian.



Menurutnya, program sama turut diadakan untuk 10 keluarga anak-anak yatim di bawah PCRS.

Jelas beliau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat boleh mengambil peluang pada musim durian ini untuk beramal kerana bukan semua mampu menikmati keenakan buah durian.

“Biasanya ramai tertumpu meraikan pelajar tahfiz dan anak yatim pada bulan Ramadan saja tetapi sebenarnya ia perlu pada bila-bila masa,” katanya.

Sementara itu, Mudir Madrasah Khoirul Uloom, Mohammad Farhan Md Khair, 33, berkata, ia pertama kali pihak luar memberi sumbangan durian bagi meraikan pelajar tahfiz di situ.



“Kami berbesar hati dan bersyukur dengan sumbangan ini. Di madrasah ini, ada 70 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun dan ada dalam kalangan mereka adalah anak yatim.

“Jika ditanya sudah semestinya ada yang mahu makan durian, namun peruntukan yang ada lebih diutamakan untuk keperluan mereka,” katanya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker