Wanita, anak 6 tahun dirogol beramai-ramai

Wanita, anak 6 tahun dirogol beramai-ramai

Seorang ibu dan anak perempuannya berusia enam tahun menjadi mangsa rogol beramai-ramai dalam sebuah kereta yang sedang bergerak selepas menerima pelawaan daripada sekumpulan lelaki di India untuk menumpang kenderaan itu.

Mirror melaporkan, ibu malang dan anaknya itu dijanjikan oleh kumpulan lelaki berkenaan mereka akan dihantar pulang ke rumah dengan selamat dari Piran Kaliyar, di sebuah daerah di India tetapi sebaliknya mangsa diserang dan dirogol, menurut polis.



Penguasa polis, Pramendra Doval, mengesahkan pemandu yang dikenali sebagai Sonu, sudah mempunyai penumpang lain ketika menawarkan untuk membawa pulang mangsa.

“Ibu itu melaporkan kepada polis dia tidak tahu berapa ramai orang berada di dalam kereta ketika kumpulan lelaki itu dikatakan menyerang dan merogol wanita berkenaan dan anaknya berusia enam tahun di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

“Kumpulan itu kemudian ‘membuang’ mangsa berhampiran terusan. Kemudian, si ibu mencari balai polis berhampiran dan melaporkan jenayah itu. Ibu dan anak perempuan itu dibawa ke Hospital Awam Roorkee,” katanya.

Doktor mengesahkan mangsa dan anaknya diserang secara seksual dengan polis mengesahkan mereka masih menyiasat serta belum dapat mengesan suspek.



Insiden terbabit menyusuli jenayah sama seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan dirogol anggota polis.

Bagi kes itu, bapa mangsa mendakwa anak perempuannya dirogol selama empat hari oleh sekumpulan lelaki yang membawanya pergi ke Bhopal di Madhya Pradesh, pada 22 April.

Hari berikutnya, ibu mangsa membuat aduan orang hilang kepada pihak polis selepas anak remajanya itu mengadu menjadi mangsa rogol empat lelaki. BH

Wanita, anak 6 tahun dirogol beramai-ramai




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor



‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker