Wan Junaidi pertahan lantikan Apandi ketuai panel Batu Puteh

Wan Junaidi pertahan lantikan Apandi ketuai panel Batu Puteh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mempertahankan pelantikan Apandi Ali sebagai pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Beliau berkata demikian selepas bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan Apandi yang juga bekas peguam negara tidak wajar mempengerusikan jawatankuasa itu.



Wan Junaidi berkata, beliau tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi untuk mengeluarkan Apandi daripada mempengerusikan PPK itu.

Katanya, sebarang bantahan berkaitan kedudukan pengerusi pasukan petugas khas itu sepatutnya dibangkitkan lebih awal.

“Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi untuk mengeluarkan Apandi sebagai pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pelantikan beliau.

“Tun sedia maklum akan pelantikan pengerusi PPK oleh Jemaah Menteri dan beliau sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi ini di Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan. FMT



BERITA LANJUT MENYUSUL

Wan Junaidi pertahan lantikan Apandi ketuai panel Batu Puteh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)



Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker