Mahathir Bukan Anak Jantan

Oleh Nurul Aisyah

RATA-rata rakyat Malaysia tahu kezaliman yang Mahathir lakukan apabila beliau menjadi perdana menteri kali kedua di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Cuma kita tidak pernah menyangka Mahathir akan menjadi sangat pengecut berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Johor dua minggu lalu bertitah, “perdana menteri ketika itu”membuat keputusan sendiri dengan mengarahkan peguam negara bercuti dan tidak merujuk dengan Johor walaupun keputusan itu membabitkan tanah dan kedaulatan negeri.

Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi pula berkata tindakan undang-undang perlu diambil ke atas “pengkhianatan” yang menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh.

Baru-baru ini pula Datuk Seri Najib Tun Razak mengkritik Mahathir dengan menyamakan beliau dengan bekas peguam negara Tommy Thomas, yang enggan memberikan kerjasama terhadap kerajaan berhubung siasatan isu tuntutan Pulau Batu Puteh.

Najib merujuk kepada tindakan Mahathir yang meninggalkan inkuiri yang dipengerusikan oleh bekas peguam negara Apandi Ali semalam dengan tindakan Tommy pada Jan lalu yang memaklumkan bahawa dia tidak akan bekerjasama dengan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness”.

Tindakan Mahathir enggan memberikan kerjasama terhadap kerajaan berhubung siasatan isu tuntutan Pulau Batu Puteh dilihat sebagai pengecut memandangkan “kejahatan” beliau “mengadaikan” Pulau Batu Puteh terbongkar. Kini Sultan Johor mahu “pengkhianat” tersebut dibawa kemuka pengadilan.

Ironi sungguh apabila individu yang dilihat sering menganiaya dan menzalimi pemimpin lain dan rakyat Malaysia bertukar menjadi pengecut.

Persoalannya, tindakan tersebut akan menyebabkan misteri terus menyelubungi isu-isu penting yang perlu diperjelaskan.

“Jika begini, misteri kes kehilangan Pulau Batu Puteh, kes-kes mahkamah ke atas pemimpin PH digugurkan begitu sahaja, kes-kes pendakwaan terpilih dan kenapa hakim baharu yang langsung tiada pengalaman kes jenayah boleh pulak tiba-tiba dipindah ke mahkamah jenayah untuk ganti hakim bagi kes paling berprofil tinggi saya biarpun perbicaraan sudah bermula akan tetap menjadi misteri,” sindir Datuk Seri Najib yang turut meninggalkan pautan laporan berkenaan isu tersebut.

Mahathir perlu bertanggungjawab berkenaan banyak perkara. Salahlaku, penganiayaan dan kezaliman yang beliau lakukan perlu dibawa ke muka pengadilan. Jika beliau anak jantan, sepatutnya Mahathir tidak perlu lari dari semua dakwaan yang dilontarkan terhadap beliau. Hadapi semua perkara tersebut dengan bermaruah.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker