Minyak masak bukan punca gaduh – Sharnaaz (Video)

Minyak masak bukan punca gaduh – Sharnaaz (Video)

Aktor sensasi, Sharnaaz Ahmad menjelaskan, tindakannya hanya mahu mempertahankan pengawal keselamatan ditindas, selain meleraikan pergaduhan membabitkan individu yang mendakwanya melakukan kekerasan di sebuah kondominium di Segambut, baru-baru ini.

Semalam, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan ‘tidak rasmi’ menerusi video di Instagram (IG) menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sehingga timbul dakwaan melakukan kekerasan terhadap seorang individu yang juga penghuni kondominium itu.

Pelakon filem Jebat dan Polis EVO 3 itu turut menafikan, menumbuk, mencekik, memijak atau menendang individu berkenaan.

Sharnaaz berkata, setiap pelawat yang mahu memasuki bangunan perlu ada kad akses untuk naik ke unit kediaman yang ingin dituju.

“Saya rasa semua kediaman ada peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi. Ini termasuk perlu ada kad akses untuk naik ke unit kediaman.

“Dijadikan cerita, rakan kepada penghuni berkenaan yang membawa minyak masak tiada kad akses, jadi, pengawal keselamatan melarangnya masuk.

“Penghuni ini turun ke bilik pengawal dan memakinya, sambil meminta melepaskan rakannya masuk.

“Itulah punca pergaduhan, bukan sebab minyak masak. Kalau pelawat datang, biasalah penghuni kena turun mengambilnya,” kata dakwa Sharnaaz sambil memberi pencerahan.

Menerusi video dalam IG, Sharnaaz menjelaskan, dia turun dan melihat pergaduhan sedang berlaku.

“Saya lihat penghuni bertengkar dengan pengawal keselamatan disebabkan tidak membenarkan rakannya yang membawa minyak masak masuk.

“Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.

“Di sini, saya menegaskan tidak memijak, menendang perut, mencekik dan menumbuk individu berkenaan.

“Itu semua karut dan saya yakin tak buat,” katanya dalam video di IG.

Aktor yang diangkat Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-30 itu berkata, kenyataan dibuat secara permukaan atau ‘surface’ sambil menunggu keputusan mahkamah keluar.

“Saya buat kenyataan atas nasihat peguam dan polis selepas seminggu saya dibebaskan daripada reman.

“Kenyataan ini bukan rasmi seperti dijanjikan untuk mengadakan sidang media,” katanya.

Terdahulu, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu itu dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan memukul dan menendang seorang penghuni di kondominium di Segambut pada 20 Jun lalu. BH

Minyak masak bukan punca gaduh – Sharnaaz (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir biadap! Tunjuk angkuh dengan Sultan Johor

‘Hotel terbang’ tawar percutian di udara (Video)

Kasut sekolah berharga RM15,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker