‘Tak payah umpan PM jadi poster boy PRU15’ – Tajuddin
KUALA LUMPUR : Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang baru dipecat jawatan parti minggu lalu, menempelak keputusan badan tertinggi parti itu mencalonkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelas Ahli Parlimen Pasir Salak itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu menggunakan MKT UMNO untuk mengumpan Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti, hanya semata-mata untuk menuntut PRU15 diadakan secepat mungkin.
Lebih mengejutkan, taktik mengumpan Ismail Sabri dengan pencalonan ‘poster boy’ ataupun bakal calon Perdana Menteri UMNO-BN pada PRU15, didakwa Tajuddin sebagai sebahagian usaha Ahmad Zahid untuk jadi Perdana Menteri segera.
“Tidak payah umpan PM (Perdana Menteri) jadi poster boy pilihan raya untuk UMNO-BN. Hakikatnya tawaran sebegitu dibuat supaya Ismail Sabri segera mengadakan pilihan raya.
“Tujuan Zahid tidak lain tidak bukan hanyalah mahu membolehkan beliau pula menjadi Perdana Menteri,” ujar beliau dalam satu sidang media khas di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas punca sebenar beliau dipecat daripada jawatan ahli MKT UMNO pada Rabu minggu lalu.
Berikutan keputusan pemecatan itu, Ahmad Zahid mendedahkan Tajuddin dipecat disebabkan beberapa kenyataan bekas Pengarah Pilihan Raya UMNO itu yang dianggap bertentangan dengan keputusan parti.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula menjelaskan keputusan pemecatan Tajuddin untuk digantikan dengan bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, adalah bertujuan membolehkan pemimpin veteran parti itu fokus kepada jawatan baharu sebagai Duta Khas Malaysia ke Indonesia.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lim tersenyum terima suapan – Saksi
- Guru beli lembu sado RM20,000 untuk korban
- Apa dosa Mat Kilau?
- Alica Schmidt mahu dikenali sebagai binrang sukan bukan porno
- Pendaftaran BRA tarik perhatian orang ramai
- DJ Sal, DJ Wong perlu dipanggil pihak berkuasa agama
- Formula Rafizi ke laut – Isham Jalil
- Mat Kilau kutip Rm7j dalam tiga hari
- Zaid persoal sikap membisu Badan Peguam berkait dakwaan konflik berkepentingan
- Duda maut jatuh bangunan selepas berkhalwat dengan isteri orang
- Macam James Bond, Najib jadi aktor pula?
- Tiga Ikan Paus Di Langkawi [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran
You must be logged in to post a comment.