KJ beri amaran, gelombang baharu COVID-19 makin hampir

REMBAU: Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Khairy memaklumkan, jangkaan awal itu bukan untuk menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, sebaliknya ia mengambil kira kepada langkah pencegahan yang perlu diambil meliputi setiap aspek oleh semua pihak terlibat.

Katanya, ia juga berdasarkan peningkatan kepada lebih 2,000 kes dilaporkan dalam negara sejak tempoh tiga hari kebelakangan ini dengan dua kluster baharu yang membimbangkan iaitu kluster pendidikan dan pengajian tinggi.

“Ini adalah pengalaman yang kita lihat di negara lain di mana mereka juga berdepan gelombang jangkitan dari semasa ke semasa.



“Yang penting telah kita pastikan keseriusan gelombang itu adalah ringan dengan kadar kematian, kemasukan ke unit rawata rapi (ICU) terkawal atau pada paras rendah… itu maksudnya kita boleh hidup dengan COVID-19.

“Jadi, tujuan saya menyatakan itu adalah untuk memberi bayangan bahawa saya sebut dua tiga bulan akan datang, tapi saya rasa gelombang itu akan datang lebih awal lagi berdasarkan kepada ramalan yang kita sedang buat,” sidang media selepas majlis perasmian makmal ‘Sleep Lab’ dan Klinik Pakar Hospital Rembau, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, semua negeri menunjukkan peningkatan kes sejak semalam kecuali Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Ujar Khairy, pihaknya juga sering mengikuti perkembangan di negara jiran khususnya Singapura khsusnya susulan pembukaan sempadan negara baru-baru ini yang menyaksikan rakyat bebas keluar dan masuk antara kedua-dua negara.



Katanya, beliau dimaklumkan Menteri Kesihatan Singapura bahawa di Negara itu, varian BA.4 dan varian BA.5 merupakan 30 peratus daripada keseluruhan kes dan kebolehjangkitan tinggi berbanding varian BA.2 di Malaysia.

Bagaimanapun menurutnya, kesan varian berkenaan adalah sama dengan yang asal iaitu kadar kebolehjangkitan tinggi dan ini adalah sesuatu yang menyebabkan kes meningkat namun masih terkawal.
Justeru, beliau mengingati golongan warga emas serta individu yang mempunyai penyakit kronik untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak kedua bagi melindungi diri daripada kesan sampingan yang buruk sekiranya dijangkiti COVID-19.

Sementara itu, KKM menetapkan sasaran sebanyak 40 buah hospital di negara ini dilengkapi kemudahan one stop sleep centre (pusat sehenti masalah tidur) memandangkan bilangan pesakit yang memerlukan ujian polysomnography atau lebih dikenali sebagai sleep study untuk mendiagnos sleep apnea yang dikatakan semakin meningkat.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?



Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker