Perodua Alza baru mengancam, kini dibuka untuk tempahan

KUALA LUMPUR: Model terbaharu Perodua Alza baharu yang menggantikan model sebelumnya dengan penambahbaikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil kini dibuka untuk tempahan.

Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Semenanjung Malaysia tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza baharu menyediakan ruang yang lebih luas untuk penumpangnya dan pada masa yang sama meningkatkan kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata, kecekapan bahan api model Perodua Alza baharu itu dipertingkatkan sehingga 22 kilometer seliter, ia merupakan antara yang terbaik dalam kelasnya.



Perodua Alza baharu turut dilengkapi Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang boleh dibahagikan kepada empat kategori; Bantuan Keselamatan Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.

Ciri terkini model baharu itu termasuk Pandangan Panoramik 360 darjah, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.- BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau



Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker