Tommy Thomas dibidas

PETALING JAYA: Peguam Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan bekas peguam negara, Tommy Thomas, supaya “mengelak daripada membuat ulasan” mengenai kertas siasatan dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dengan mengatakan ia subjudis.

“Kebijaksanaan pendakwaan atau ketidakbijaksanaan dan kesilapan dalam penyiasatan adalah isu langsung dalam perbicaraan,” kata Tetuan Shahrul, Hamidi & Haziq dalam satu kenyataan.

“Ulasan yang dibuat oleh bekas peguam negara itu dan disiarkan dalam portal Malaysiakini menghampiri penghinaan.”

Dalam laporan di portal Malaysiakini, Thomas menjelaskan mengapa beliau tidak mendakwa individu lain yang terlibat dalam kes itu, selain Zahid.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Zahid, Jumaat lalu, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan, mendakwa dia menyimpan lejar “menteri, ahli politik dan kakitangan kerajaan” yang menerima dana daripada syarikat itu.

Selain Zahid, lejar itu didakwa turut menyebut nama bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Reezal Merican Naina Merican.

Nama lain ialah bekas menteri luar, Anifah Aman dan bekas ketua menteri Sabah, Shafie Apdal juga berada dalam senarai penerima dana daripada syarikat itu.

Muhyiddin, Khairy, Hishammuddin, Reezal dan Anifah kemudian menafikan menerima sebarang dana daripada UKSB, pengendali Pusat Sehenti di China dan Sistem Visa Asing (VLN).

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker