Takut dipukul, lelaki cuba terjun apartmen

Takut dipukul, lelaki cuba terjun apartmen

SANDAKAN: Seorang lelaki yang dipercayai melarikan diri dan takut dipukul cuba terjun dari tingkat empat sebuah Apartmen Sejati Ujana dekat Batu Tujuh, di sini, malam tadi.

Lelaki berusia 20an itu dikatakan cuba terjun daripada kediaman berkenaan, kira-kira jam 8.40 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.44 malam.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sejurus tiba, pasukan bomba dimaklumkan lelaki itu berada di tingkat empat apartmen berkenaan dipercayai cuba terjun.

“Anggota bomba kemudian naik menggunakan tangga ke lokasi dan berjaya memujuk lelaki itu. Dia mendakwa bertindak sedemikian untuk bersembunyi dan melarikan diri kerana ada individu ingin memukulnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jimmy berkata, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa turun sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Anggota bomba kemudian menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kejadian selamat sebelum operasi ditamatkan jam 9.40 malam,” katanya. BH

Takut dipukul, lelaki cuba terjun apartmen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker