Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah mempamerkan aksi menakjubkan menjelang Kejohanan Dunia bulan depan apabila mencipta dua rekod baharu Asia serta mencatat tiga rekod peribadi terbaik di Fluid Summer Showdown.
Aaliyah yang menyertai kejohanan di Polk City, Florida pada 17 hingga 19 Jun itu mencipta pencapaian luar biasa dengan melepasi 8,000 mata buat pertama kali dalam acara kegemarannya, iaitu tricks.
Atlet berusia 18 tahun itu melakukan catatan terbaiknya dalam acara tricks dengan 8,080 mata untuk menduduki tempat kedua pada pusingan pertama di belakang Erika Lang dari Amerika Syarikat (11,420 mata) sebelum menamatkan saingan dengan 7,300 mata di pusingan kedua.
Rekod Asia dan catatan terbaik sebelumnya adalah 7,680 mata dilakukan pada Kejohanan Asia 2019.
Aaliyah meneruskan rentak cemerlang dalam acara jump apabila melakukan 41.9 meter (m) pada pusingan kedua, memperbaharui catatan 41.4m dilakukannya di Moomba Masters, di Melbourne, Australia pada Mac lalu.
Beliau turut memperbaharui rekod Asia dan catatan terbaiknya dalam acara slalom selepas melakukan 4/55/12 (empat pelampung/55kmj/12m tali) pada pusingan kedua, memadam rekod lama 3/55/12 dilakukannya di Kejohanan Remaja Dunia 2018.
Mengulas mengenai pencapaian terbaharunya, Aaliyah berkata beliau gembira kerana berjaya mengatasi catatan terbaiknya dalam acara trikcs, selain menunjukkan peningkatan dalam jump dan slalom selepas tiba lebih awal di Florida untuk berlatih di bawah jurulatih dari Chile Larry Gisler di Piskos Waterski School.
“Saya bersyukur dapat kembali, berlatih dan bertanding di Florida selepas berehat empat tahun. Ini adalah kejohanan biasa kerana setiap peserta bersaing dengan diri sendiri untuk memperbaiki catatan dan ranking selain tiada tekanan.
“Ia adalah persekitaran yang baik kerana dikelilingi begitu ramai atlet ski air dan rakan-rakan, serta Lake Grew juga satu daripada tasik paling ideal untuk ski di Florida. Ia tasik kecil dan arah angin sentiasa tepat untuk melompat.
“Saya agak santai sepanjang masa berada di atas air yang pastinya membuatkan saya beraksi lebih baik,” katanya dalam kenyataan daripada Persatuan Ski Air dan Papan Wakeboard Malaysia.
Duta Yayasan Sime Darby itu yang menduduki ranking ke-14 kategori tricks terbuka wanita, akan menyertai kejohanan June Okee 3-Event Record di West Palm Beach, Florida pada 25 hingga 26 Jun ini, sebelum menyertai Kejohanan Dunia di Birmingham, Alabama pada 7 hingga 17 Julai. BH
Aaliyah cipta dua rekod Asia di Florida
Baca Artikel Menarik:
- Perniagaan disyaki punca remaja wanita diserang peniaga
- Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- UKSB: Latheefa juga mesti disiasat
- PKR takkan bincang dengan Azmin, tapi bagaimana dengan Rafizi?
- Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib
- Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
- Umpan makanan, baling batu dan tendang kucing
- Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun
- Willie Mongin mohon sertai PBB
- Azmin jangan putar belit fakta – Shahrir
- Tak dapat A SPM pun, dapat suami
- Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto
- Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.