Saya bukan penjenayah – Sharnaaz
PETALING JAYA – Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad yang sebelum ini dikaitkan dengan satu kes pukul di sebuah kondominium akhirnya membuka mulut dan meminta semua pihak menghentikan spekulasi berhubung kejadian tersebut.
Sambil menyifatkan semua tohmahan yang dilontarkan sebagai tidak berasas, pelakon berusia 37 tahun itu turut meminta pihak di luar sana agar lebih berhati-hati dan tidak melabel dirinya sebagai penjenayah.
Tegas Sharnaaz, apa yang berlaku ke atas dirinya (ditahan reman) adalah semata-mata untuk membantu siasatan polis berhubung laporan ke atasnya mengenai penglibatan dalam satu kes pukul di sebuah kondiminium.
“Saya harap jangan buat spekulasi dan terus menuduh mengatakan saya ini penjenayah. Bukan, ini bukan soal jenayah, bukan. Ini adalah bantuan polis.
“Ini adalah bantuan siasatan polis. Saya di sini (balai polis) untuk membantu siasatan,” tegas Sharnaaz sebaik dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul (IPD) di sini semalam.
Terdahulu, pelakon I Promise Janji Anaqi itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes menumbuk dan menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut, pada Khamis.
Tampil menjelaskan perkara sebenar, bekas abang ipar kepada usahawan terkenal, Neelofa itu berkata, segala laporan media berhubung kejadian berkenaan hanya bersandarkan kepada dakwaan sebelah pihak.
“Jangan hakimi terlalu awal. Jangan judge dari sebelah sana sahaja. Tak tahu lagi bila pendakwaan, tetapi saya sudah beri kerjasama dan keterangan sebaik mungkin kepada pihak polis,” katanya.
Dalam pada itu, Sharnaaz menyifatkan layanan dan kerjasama yang diterima daripada pihak pihak polis terhadapnya sangat baik sepanjang tiga hari dia berada di dalam lokap.
“Tiga hari itu lebih kepada siasatan. Tidak ada yang teruk, banyak pengajaran dan saya okey sebab saya yakin saya tak bersalah. Saya akan buktikan ada kebaikan yang ada saya buat, yang tidak diceritakan tetapi akan diceritakan di mahkamah nanti,” jelas Sharnaaz.
Bapa kepada Jebat Jayden itu turut menyangkal tuduhan bahawa kes tumbuk yang berlaku ada kaitan dengan sikap panas baran yang begitu sinonim dengan dirinya selama ini.
“Saya tidak bodoh untuk melakukan sesuatu yang begitu. Kepada sesiapa yang membuat spekulasi mengatakan Sharnaaz panas baran, tunggu cerita sebenarnya.
“Panas baran adalah satu benda yang sangat sinonim dengan saya. Tetapi apa yang saya boleh katakan, tiada sebarang unsur panas baran yang berlaku di sini,” katanya.
Jelas Sharnaaz lagi, dia hanya bertindak dalam situasi yang dirasakan perlu dilakukan dan meminta agar pihak luar tidak terlalu awal menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Saya hanya buat apa yang saya rasa perlu. Kenyataan yang keluar hanya dari sebelah sana. Belum lagi dari pihak saya,” katanya yang berjanji akan membuat satu sidang media bagi membersihkan nama, reputasi dan maruah keluarganya dalam masa terdekat.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET