Pemandu Bezza lari SJR, langgar penunggang motosikal diburu polis



Pemandu Bezza lari SJR, langgar penunggang motosikal diburu polis

Pemandu sebuah Perodua Bezza sedang dikesan polis setelah melanggar penunggang motosikal ketika cuba mengelak sekatan jalan raya(SJR) yang diadakan di Kilometer 0.4 berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) di sini hari ini.

PETALING JAYA – Polis memburu pemandu kereta Perodua Bezza yang melanggar penunggang motosikal ketika cuba mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 0.4 berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian jam 2.10 pagi sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sedang melakukan SJR di lokasi tersebut.

“Semasa sekatan jalan raya dijalankan, sebuah Perodua Bezza telah ditahan bagi tujuan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut namun pemandu kenderaan itu tidak memberhentikannya lalu bertindak memecut laju dan melarikan diri.




“Ketika kejadian seorang penunggang motosikal berumur lingkungan 40-an telah dilanggar pemandu itu sehingga mengakibatkan mangsa mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, usaha mengesan dan menjejaki pemandu Perodua Bezza berkenaan telahpun dipergiatkan oleh polis untuk tindakan lanjut.

“Polis juga memohon agar pemandu terbabit tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Petaling Jaya, Sarjan Azaruddin Mokhtarzad di talian 011-11713436 untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. MG

Pemandu Bezza lari SJR, langgar penunggang motosikal diburu polis





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king



Leave a Reply

Your email address will not be published.