Paxlovid kini boleh didapati percuma di fasiliti kesihatan swasta

PETALING JAYA: Paxlovid, iaitu ubat antivirus oral yang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19, kini boleh didapati secara percuma di fasiliti kesihatan swasta.

Bagaimanapun kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, pesakit masih tertakluk kepada yuran perundingan dan caj lain berkaitan yang ditentukan oleh fasiliti terbabit.

“Klinik atau hospital swasta yang berminat untuk mendapatkan Paxlovid mesti mendapatkan bekalan daripada fasiliti kesihatan dikenal pasti yang menyimpan ubat-ubatan tersebut,” katanya pada sidang media.

Ubat keluaran Pfizer itu digunakan oleh semua hospital kerajaan untuk merawat pesakit Covid-19 Kategori 2 dan 3 bergejala ringan sehingga sederhana sejak 15 April dengan pesakit kronik diberi keutamaan.

Sehingga 5 Jun, 1,364 pesakit pulih tanpa kesan sampingan dikesan.

Khairy berkata, rawatan itu terbukti selamat dan berkesan dalam mengurangkan kesan jangkitan Covid-19 dan kadar kematian pesakit.

Pfizer baru-baru ini melaporkan Paxlovid berkesan terhadap orang tua dan kumpulan berisiko tinggi, tetapi kelihatan kurang berkesan untuk orang dewasa berisiko sederhana.

Mengulas penyambungan Program Imunisasi Covid-19 untuk Kanak-kanak (PICKids) selama lima hari mulai semalam, Khairy berkata, seramai 397 kanak-kanak menerima vaksin pada hari pertama. Kira-kira 150 daripada mereka baru masuk usia lima tahun.

Beliau berkata, sambutan warga emas dan kumpulan berisiko tinggi terhadap dos kedua vaksin penggalak Covid-19 juga memberangsangkan.

Setakat 20 Jun, sebanyak 107,884 dos penggalak kedua telah diambil dengan 57,834 daripadanya oleh warga emas, katanya.

Mengenai kekurangan ubat-ubatan belian kaunter, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memantau kekurangan itu berdasarkan bahan aktif dan produk yang dilaporkan oleh fasiliti dan industri.

KKM juga menjalankan pemeriksaan rawak ke atas tujuh hospital swasta, 10 klinik kesihatan swasta dan 30 farmasi komuniti berhubung perkara itu.

Kira-kira 85% daripada 47 fasiliti dilaporkan mengalami kekurangan sekurang-kurangnya satu ubat, katanya. Kebanyakannya melibatkan ubat batuk, selesema dan demam serta antibiotik untuk kanak-kanak.

Beliau berkata, senarai produk yang mengalami kekurangan serta produk alternatif dikongsi dengan persatuan berkaitan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Sementara itu Khairy berkata, kerajaan belum membuat sebarang pembayaran kepada MySJ Sdn Bhd untuk aplikasi MySejahtera.

KKM baru-baru ini menerima kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memulakan rundingan harga, tambahnya.

“Hasil rundingan ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan dan kemudian kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan,” katanya.

Paxlovid kini boleh didapati percuma di fasiliti kesihatan swasta

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker