Musang king Raub jadi buruan, lebih sedap

Musang king Raub jadi buruan, lebih sedap

BENTONG – Musim durian sekarang ini tetap menjadikan musang king Pahang berada dalam kelasnya sendiri apabila menjadi buruan peminat raja buah itu dari seluruh negara.

Durian itu bukan sahaja mendapat permintaan tinggi daripada penduduk di Lembah Klang tetapi daripada peminat dari negeri utara dan selatan se­perti Kedah dan Johor.

Seorang penjual durian, Mohammad Nafri Masrom, 35, berkata, meskipun baru dua ming­gu musim durian bermula di negeri itu, namun sambutan amat luar biasa diterimanya daripada penggemar durian.

Ujarnya, durian musang king khususnya daripada Raub yang dijual dengan harga serendah RM25 sekilogram pada masa ini mendapat permintaan tinggi daripada penggemar durian di seluruh negara.

“Ramai pembeli yang datang menyatakan mereka inginkan musang king Pahang khususnya Raub kerana mereka rasanya lain daripada buah musang king di tempat lain.

“Selain dari Lembah Kelang terdapat pembeli dari seluruh negara termasuk Johor dan saya juga menghantar musang king Pahang ke Kedah kerana mendapat permintaan yang amat menggalakkan,” katanya di sini semalam.

Menurut Mohammad Nafri pada masa ini dia mampu menjual hampir dua tan durian pelbagai jenis setiap hari termasuklah untuk jualan runcit dan borong.

Dia memberitahu, musang king dijualnya pada masa ini de­ngan harga RM25 sekilogram, D24 (RM15), D2 (RM15), Tekka (RM18) dan durian kampung RM9.90.

“Pembeli kata rasa musang king Raub lain dari musang king tempat lain,” ujarnya.

Dalam pada itu seorang pembeli dari Lembah Kelang, Ku Amirul Ku Jaafar, 45, berkata, walaupun ada musang king dijual di Kuala Lumpur, dia tetap ke Bentong untuk mendapatkan durian Pahang.

“Selain harga durian musang king di sini lebih murah saya ya­kin ia sudah tentu durian Pahang sedangkan kami tidak pasti sama ada durian dijual di Kuala Lumpur betul-betul durian Pahang.

“Bagi saya walaupun durian spesies yang sama seperti musang king, namun rasa dan kualiti berbeza dan setakat ini musang king Raub merupakan yang terbaik bagi saya,”ujarnya. K Online

Musang king Raub jadi buruan, lebih sedap


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker