Lelaki China ditikam rakan senegara kerana cinta

Lelaki China ditikam rakan senegara kerana cinta

SEORANG lelaki warga China cedera selepas ditikam rakan senegara dalam satu kejadian di wilayah Cengkareng, Jakarta Barat pada Jumaat.

Memetik laporan indozone.id, motif kejadian dikatakan berpunca akibat cinta, tetapi butiran lengkap masih dalam siasatan pihak polis.



Video mangsa berusia 33 tahun itu tular di Indonesia, selepas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek bertengkar mulut selepas menikam dengan sebilah pisau.

Mangsa ketika itu sedang duduk di dalam sebuah bilik sambil memegang telefon sebelum suspek muncul di pintu.

Suspek kemudian terus meluru masuk ke dalam bilik dan menusuk pisau ke badan mangsa.

Baca artikel berkaitan: Penyamun maut selepas berbalas tembakan dengan polis



Sementara itu, Polis Metro Jakarta Barat berkata, pihaknya berjaya menangkap suspek

Ketua Unit Jenayah Polis Metro Jakarta Barat, Asisten Komisioner Avrilendy berkata, suspek berusia 36 tahun itu telah ditahan di Tanjung Duren, Jakarta Barat pada malam semalam.

Jelasnya, suspek yang juga warga China berusia 36 tahun itu merupakan rakan kepada mangsa.

Menurutnya mangsa ditikam pada bahagian bawah perut sebelah kiri yang kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan. Utv



Lelaki China ditikam rakan senegara kerana cinta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]



Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker