Kanak-kanak tunjuk isyarat lucah, ini bukan gurauan
PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak menunjukkan isyarat lucah menggunakan jarinya ketika berada di sebuah pasar malam telah menjadi perbualan hangat orang ramai.
Ratanya-ratanya kurang senang dengan tindakan kanak-kanak berkenaan dan mereka berharap ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawasi tingkah laku anak-anak.
Menerusi perkongsian video di muat naik seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ayang meluahkan rasa geram apabila tindakan kanak-kanak tersebut disifatkan biadab.
“Anak aku atau anak buah aku macam ini, memang terus kena ‘tempeleng’, orang tua yang gelak-gelak ingat benda ini comel ke apa,” ciapnya.
Video berdurasi 12 ssat itu memaparkan reaksi orang sekeliling yang hanya ketawa melihat gelagat kanak-kanak tersebut memberi isyarat lucah kepada salah seorang peniaga di pasar malam berkenaan.
Sehubungan itu, menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut.
“Memang kurang bijak kalau ahli keluarga rasa suka, kalau tak dia lihat di rumah, mungkin dia ikut seseorang yang selalu dia nampak buat macam itu, mustahil kalau terpengaruh di televisyen,” ciap @InalienableDreamless.
“Ini orang kata melentur buluh biar dari rebungnya, tapi kalau ibu bapa sendiri tak awasi tingkah laku anak-anak, cara anak-anak, memang sama-sama teruk la, perkara sebegini pun dianggap bahan lawak, ini biadab,” tegas seorang pengguna.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Perniagaan disyaki punca remaja wanita diserang peniaga
- Pelik tiada pemimpin Bersatu pertahan Muhyiddin – Najib
- UKSB: Latheefa juga mesti disiasat
- PKR takkan bincang dengan Azmin, tapi bagaimana dengan Rafizi?
- Tindakan PH kurang saiz tren, punca perkhidmatan LRT tergendala – Najib
- Bersatu mungkin tak bertindak balas jika PM kekalkan Zuraida kerana takut PRU awal?
- Umpan makanan, baling batu dan tendang kucing
- Pembantu khas bekas menteri dipenjara dua tahun
- Willie Mongin mohon sertai PBB
- Azmin jangan putar belit fakta – Shahrir
- Tak dapat A SPM pun, dapat suami
- Samun kedai emas selepas kehabisan simpanan kripto
- Kekasih Azri Iskandar Terus Letak ‘Call’ Ketika Interview ‘Live’, Netizen Kata Sah ‘Fake Account’ (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.