SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Tyzo sendiri minta sambung kontrak 6 bulan sahaja

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo diambil selepas membuat pertimbangan menerusi tinjauan jumlah pendengar dan kewangan syarikat.

Ahli Lembaga Pengarah Star Media Group dan Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse berkata, keputusan dibuat selepas berbincang bersama Tyzo.



“Kontrak Tyzo tamat pada 9 Oktober tahun lalu. Dua bulan sebelum kontrak tamat, kami bertemu Tyzo untuk beritahu lanjutkan kontrak selama setahun, sama ada terima atau tidak.

“Tyzo kata ya, tapi mahu enam bulan sahaja sebab ada rancangan lain atau fokus bisnes.

“Saya berpendapat, Tyzo lebih laku atau terima tawaran lain selepas menang trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

“Kami ulangi banyak kali dan beri masa seminggu untuk Tyzo buat keputusan. Tyzo beri keputusan mahu sambung enam bulan sahaja.



“Ketika perbincangan disaksikan oleh DJ Lin, Jay Jay dan Jabatan Sumber Manusia, jadi kami bersetuju sambung kontrak enam bulan sehingga 9 Mac depan,” katanya ketika ditemui pada sidang media Ruang Udara Suria di Cybertorium, Menara Star, di sini, petang tadi.

Mohd Aminuddin berkata, pihak pengurusan tertinggi selalunya berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

“Sebenarnya, saya tak kenal dengan rapat dengan Tyzo dan sama juga penyampai lain. Apa sahaja keputusan saya bukan berasaskan peribadi, tapi berpandukan bisnes.

“Tapi, selalunya sebelum buat keputusan, ada dua perkara yang saya tinjau iaitu jumlah pendengar dan kewangan.



“Bagaimanapun, survey radio menunjukkan penurunan, baru-baru ini.

“Oleh itu, saya berpendapat kami mesti memperbaharui Suria FM, buat sesuatu yang akan meningkatkan jumlah pendengar,” ” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Aminuddin berkata, gaji Tyzo tetap akan dibayar mengikut kontrak sehingga 9 Mac depan.

“Kontrak Tyzo akan tamat pada 9 Mac depan, selalunya sebelum dua bulan kontrak tamat kami akan beritahu.



“Tyzo tak cakap apa-apa. Jadi, saya kaji jumlah pendengar dan sebagainya. Saya buat kesimpulan Tyzo tidak berminat meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio.

“Saya buat keputusan kontrak Tyzo tidak akan disambung. Ini adalah keputusan saya sebab ia adalah tanggungjawab saya.

“Saya beri arahan dan mereka hanya mengikut arahan saya,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Aminuddin turut meminta mana-mana pihak tidak mengeluarkan kenyataan negatif dan berbaur fitnah yang boleh merosakkan reputasi Suria FM.



“Saya harap isu ini akan tamat dan tidak dibangkitkan lagi. Jika ada mana-mana pihak terus buat kenyataan berbaur fitnah terhadap Suria FM, kami berhak dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Hari ini, Suria FM turut mengumuman tiga penyampai baharu iaitu Datuk Fizz Fairuz yang bakal menyertai segmen Morning Morning Suria, Chiwan Chilok (Suria Petang) dan Kai Hasan (Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40).

Ia sebagai langkah strategi bagi memberikan lebih kepuasan kepada pendengar. BH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

Lorong Haji Taib semakin bersih dan tidak semeriah dahulu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker