PRN Melaka: Strategi tanding solo boleh pecahkan undi Melayu atau….?

Sebaran :

Kerjasama dengan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO ditolak tepi kali ini kerana masing-masing  dijangka menjadikan PRN Melaka sebagai simulasi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Pengumuman Muhyiddin untuk bergerak solo dalam menentang BN dan PH menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat sebagai satu pertaruhan yang agak besar.

“Mereka (PN) akan melihat adakah dengan menyertai PRN Melaka secara solo akan membuahkan hasil atau tidak. Sekiranya PN berhasil memenangi PRN ini secara solo, maka ia akan memberi mesej bahawa PN kononnya akan berjaya dalam PRU15 akan datang dengan cara solo juga.

“Dengan hasil strategi ini, PN yakin mampu menjadi sebuah parti yang dominan seperti UMNO/BN. Akan tetapi, sekiranya tiga penjuru di Melaka itu memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH), maka mungkin akan mempertimbangkan dari sudut strateginya untuk bekerjasama dalam PRU akan datang.



“Jadi PRN Melaka ini seolah satu simulasi untuk menguji pengaruh masing-masing,”

Belum ada satu persetujuan yang jelas mengenai kerjasama dalam PRN Melaka, namun kebimbangan jika PH kembali berkuasa sudah pasti mendorong pemimpin-pemimpin termasuk UMNO, PAS dan Bersatu untuk bekerjasama namun dengan pengumuman Muhyiddin untuk bertanding 3 penjuru merupakan titik nokhtah.

“Sememangnya ada kepercayaan bersama dalam parti dalam kerajaan sekarang. Mereka sependapat bahawa mereka perlu menghalang Pakatan Harapan daripada mendapatkan semula kuasa di Melaka.

“Kerjasama tiga parti itu mungkin memberi kelebihan kepada parti masing-masing apabila berdepan dengan PH.



“Sekiranya berpecah maka sudah pastilah undi Melayu terpecah-pecah dan akan memberi kelebihan kepada PH. Manakala, jika PAS dan Bersatu mampu memenangi beberapa kerusi yang signifikan itu sebenarnya petanda bahawa koalisi ini mampu pergi lebih jauh pada PRU15

PRN Melaka: Strategi tanding solo boleh pecahkan undi Melayu atau….?

Yeop Karai


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Kita nak menang, bukan bermegah-megah – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply