Mahathir “Bullshit” Lagi Skandal Tuntutan Pulau Batu Puteh

Oleh Nurul Aisyah

SIASATAN terhadap Tun Dr Mahathir perlu dilakukan dengan terperinci berkenaan tindakan sengaja beliau yang tidak mahu meneruskan tuntutan Pulau Batu Puteh ketika Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Semua alasan yang Mahathir berikan dilihat sangat tidak munasabah dan “bullshit”.

Kita terus berunding tetapi tidak menghasil apa-apa keputusan – Mahathir



Memang alasan yang Mahathir berikan tidak masuk akal langsung. Mahathir hanya sekadar cuba menghalalkan jenayah yang beliau lakukan apabila “menjual” kedaulatan negara. Apakah rahsia besar yang pihak musuh pegang berkenaan Mahathir sehingga beliau sanggup mengalah dan beralah dengan Singapura sedangkan kita semua tahu bahawa Mahathir dari dahulu tidak akan tunduk pada negara tersebut.

Alasan terbaru Mahathir kenapa kerajaan PH menarik balik tuntutan Pulau Batu Puteh beberapa hari sebelum perbicaraan bermula di ICJ selepas PRU14 kononnya negara perlu bermaruah dan perlu pegang kepada janji untuk menghormati keputusan ICJ pada tahun 2008 supaya Malaysia bukan menjadi sebuah negara pariah.

Dahulu beliau memberi alasan kos dan peluang untuk menang tidak cerah untuk jenayah “menjual” kedaulatan negara. Kini kononnya supaya Malaysia tidak menjadi negara pariah yang tidak tahu menghormati janji.

Mungkin juga ramai yang telah lupa, Mahathir pernah mengatakan yang janji itu bukan kitab suci? Mustahil orang yang mempunyai pegangan sebegini mahu mengutamakan janji dalam isu kedaulatan negara. Ini bukan isu biasa-biasa.



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 14 Oktober lalu bertitah tindakan mesti diambil ke atas pihak yang cuai dan khilaf dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Baginda mahukan penjelasan di sebalik tindakan kerajaan ketika pentadbiran Mahathir pada 2018 yang tidak meneruskan permohonan semakan ke atas penghakiman kes Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Titah baginda, tindakan sedemikian seolah-olah mengalah sebelum masuk gelanggang.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?” titah baginda.



Kata-kata Mahathir penuh dengan dusta. Sepuluh ucapan beliau, satu pun tidak boleh diterima. “Full of bullshit”.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker