Ibu Syed Saddiq dakwa disuruh nasihat anak sokong kerajaan

Ibu Syed Saddiq dakwa disuruh nasihat anak sokong kerajaan

Ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkannya untuk memberitahu anaknya supaya menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang baharu ditubuhkan ketika itu, jika beliau mahu siasatan terhadap diri dan suaminya dihentikan.

Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak dapat melupakan apa yang pegawai SPRM beritahunya ketika disoal siasat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 2020.



“Secara jujur, dia tak beritahu pasal kerajaan, tapi yang saya tak boleh lupakan, mungkin mereka bergurau, tapi mereka beritahu lebih bagus beritahu anak untuk ikuti kerajaan yang ada supaya puan dan suami tak disiasat lagi.

“Bagi seorang ibu yang sayang anak dan tahu pengorbanan anak, bukannya senang. Maafkan saya Yang Arif, saya anggap anak saya jadi mangsa politik,” katanya dalam pemeriksaan balas perbicaraan rasuah Syed Saddiq.

Syed Saddiq berdepan empat pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), penyalah gunaan dana dan pengubahan wang berjumlah RM1 juta milik Pemuda Bersatu, Armada. Hari ini merupakan hari pertama perbicaraan membabitkan presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar itu.

Mahani berkata, Syed Saddiq ada mengingatkan diri dan suaminya, Syed Abdul Rahman Abdullah Al-Sagoff, dua kali, pada 2020, supaya berwaspada kerana kerana “mungkin akan dipanggil” SPRM.



Katanya, pegawai SPRM yang menyiasatnya dianggap “baik”, namun butir percakapan itu “menakutkan”.

Mahani tidak menamakan pegawai yang didakwa memberi nasihat itu.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu memberi kesan terhadapnya selepas disahkan menghidap barah, pada Jul 2020.

Saksi pendakwaan, pegawai penyiasat SPRM, Muhamad Taufik Awaludin, memberitahu mahkamah bahawa Syed Saddiq “mencipta naratif” bahawa RM250,000 yang didakwa hilang dari peti besi di kediamannya merupakan miliknya dan ibu bapa dan bertujuan digunakan bagi pengubahsuaian rumah.



Katanya, terbukti dalam perbualan di kumpulan WhatsApp membabitkan Syed Saddiq dan rakannya, di mana beliau mengakui kehilangan wang itu sebenarnya daripada dana pengelolaan.

“Pada mulanya, Syed Saddiq memberitahu kumpulan WhatsApp itu bahawa wang itu merupakan dana pengelolaan (discretionary fund). Kemudian, beliau mencadangkan satu kenyataan media akan dikeluarkan.

“Beliau mengambil keputusan membuat laporan polis (berhubung kehilangan dana) dan mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan wang berkenaan kepunyaannya dan ibu bapanya,” kata Taufik.

Beliau mendakwa siasatannya terhadap kehilangan dana, pada Mac 2020, membawa kepada satu lagi kes disyaki pecah amanah membabitkan RM1 juta milik Armada.



Ambiga Sreenevasan, Gobind Singh Deo dan Lim Wei Jiet mewakili Syed Saddiq, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shahruddin Wan Ladin, mengetuai pasukan pendakwaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azhar Abdul Hamid bersambung esok. Mk

Ibu Syed Saddiq dakwa disuruh nasihat anak sokong kerajaan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]



Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker