Skuad skuasy remaja negara membanggakan di Kejohanan Remaja Asia

Skuad skuasy remaja negara berjaya meraih empat gelaran dan lima naib juara pada Kejohanan Remaja Asia di Pattaya, Thailand,hari ini.

Malaysia merangkul gelaran kategori lelaki bawah 15 tahun apabila M. Nickhileswar memerlukan 29 minit untuk menewaskan rakan sepasukan Aqil Mirza Naim Khairil Faiz 11-8, 11-9, 11-6 pada perlawanan akhir.

Pencapaian 1-2 itu turut berulang dalam kategori lelaki bawah 13 tahun apabila Sim Yeak Wei mengatasi Raziq Putra Fakhrur Razi 11-6, 6-11, 11-4, 8-11, 11-3 pada pertarungan selama 33 minit.

Pada saingan final kategori lelaki bawah 17 tahun, pemain pilihan ketiga Low Wa Sern terpaksa akur dengan gelaran naib juara selepas tewas 7-11, 8-11, 11-13 kepada pemain Korea Selatan, Na Joo Young, selepas berjuang selama 50 minit.

Pemain negara Joachim Chuah juga terlepas kejuaraan kategori lelaki bawah 19 tahun selepas tumpas kepada Noor Zaman, cucu legenda Pakistan, Qamar Zaman, 9-11, 12-10, 5-11, 9-11.

Sementara dalam kategori wanita pula menyaksikan Malaysia merangkul dua gelaran dalam acara bawah 19 dan 13 tahun.

Pilihan utama Aira Azman meraih gelaran kelima kejohanan selepas hanya mengambil masa 18 minit untuk menewaskan pemain Hong Kong, Kirstie Po Yui Wong, 11-8, 11-3, 11-2 , dalam saingan kategori bawah 19 tahun.

Malaysia hanya mengambil masa 14 minit untuk melengkapkan buruan gelaran menerusi Harleein Tan dalam kategori bawah 13 tahun apabila menjinakkan wakil Hong Kong, Chloe Lo Pui Yin, 21-3, 11-2, 11-0 sementara final wanita bawah 17 tahun menyaksikan Goh Zhi Xuan tewas 4-11, 4-11, 6-11 kepada pemain Jepun, Akari Midorikawa. Awani

Skuad skuasy remaja negara membanggakan di Kejohanan Remaja Asia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker