Muhyiddin Didakwa Terima RM1.3 juta Pada 4 jun 4 julai dan 23 Ogos 2018

Oleh Nurul Aisyah

BAGAI menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri itu perumpamaan tepat untuk pendedahan panas yang dibuat oleh bekas pengurus pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, iaitu saksi di dalam perbicaraan rasuah terhadap Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 17 Jun lalu

Muhyiddin didakwa menerima RM1.3 juta oleh Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) secara tunai dalam tiga peringkat pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018.



Selain Muhyiddin antara ahli politik lain yang disebut-sebut sepanjang prosiding itu ialah Khairy Jamaluddin, Reezal Merican Naina Merican, Hishammuddin Hussein, Mohd Shafie Apdal dan Anifah Aman.

Nama-nama ahli politik itu terdapat di dalam lejar UKSB dan Laporan Analisis kes Cawangan Forensik dan Teknologi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Masihkah kita ingat bagaimana pemimpin UMNO dianiaya dan dimalukan tanpa belas kasihan apabila Pakatan Harapan(PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14)?

Seorang demi seorang pemimpin UMNO yang enggan tunduk kepada PH dan PN diheret ke mahkamah dengan dakwaan yang tidak masuk akal. Kini melalui pendakwaan yang dibicarakan di mahkamah tersebut juga lah membongkar bagaimana pemimpin-pemimpin yang melutut kepada PH dan PN dilindungi dari diheret sama.



Ironinya tarikh 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018 yang didakwa Muhyiddin terima wang tersebut merupakan ketika beliau sangat aktif dalam parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan oleh Mahathir.

Walaupun Mahathir menafikan kononnya parti beliau dahulu tidak pernah menerima sumbangan sebanyak RM1.3 juta yang didakwa diberikan kepada Muhyiddin Yassin, pada 2018 tersebut namun siasatan dan pendakwaan perlu dibuat bagi memastikan perkara sebenar.

Kita merancang namun Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lebih baik.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker