Orang Ramai ‘Basahkan’ Diri..Hujung Minggu Panas Bagi Eropah, Amaran Kebakaran Dikeluarkan

Orang Ramai ‘Basahkan’ Diri..Hujung Minggu Panas Bagi Eropah, Amaran Kebakaran Dikeluarkan

BERLIN: Apa sahaja yang berkaitan sumber air terbuka – kolam, tasik, sungai atau laut – semua itu menjadi tumpuan penduduk di Eropah barat yang ketika ini dilanda gelombang haba.

Orang ramai di Perancis dan Sepanyol misalnya, pada Sabtu dan Ahad, mencari tempat untuk menyejukkan tubuh apabila petunjuk raksa mencecah bacaan 40 darjah Celsius.

Di Jerman, yang menjangka suhu persekitaran boleh mencapai 38 darjah Celsius, rakyatnya diingatkan oleh Menteri Kesihatan supaya sentiasa menghidrasi tubuh, lapor AP.

Sebahagian orang juga memilih untuk berada di kawasan yang redup dikelilingi pokok-pokok besar sewaktu menghabiskan masa di luar rumah pada waktu siang.

“Haba dan kekurangan cecair dalam badan boleh kenyebabkan kematian bagi golongan berusia. Kita perlu meberi perhatian pada warga tua dan juga mereka yang mempunyai kekurangan upaya,” ujar Karl Lauterbach.

Sementara itu, pihak berkuasa memberi amaran tentang kemungkinan kejadian kebakaran hutan di segenap rantau Mediterranean barat, berikutan kenaikan suhu dan kemarau panjang.

Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Eropah menberitahu, risiko kebakaran adalah pada status ekstrem dan sangat ekstrem di kebanyakan tempat di Sepanyol. Lembah Sungai Rhone di Perancis, Sardinia, Sicily setta sebahagian Itali.

Blok 27 buah negara itu telah menempatkan 12 pesawat pemadam kebakaran dan sebuah helikopter sebagai persediaan membantu negara-negara yang berdepan situasi bencana tersebut sepanjang musim panas ini.

Pakar meteorologi di Perancis menyifatkan situasi semasa sebagai jarang terjadi, selain meramalkan kemuncah suhu mencapai 43 darjah Celsius pada hujung minggu, sebelum tibut petir membawa semula cuaca yang lebih dingin dari Atlantik.

Pakar juga menyatakan, gelombang haba yang kini dirasakan adalah petanda bahawa perubahan iklim menjadikan suhu ekstrem hadir lebih awal dari bulan Julai atau Ogos.

Orang Ramai ‘Basahkan’ Diri..Hujung Minggu Panas Bagi Eropah, Amaran Kebakaran Dikeluarkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker