Lelaki serang Jagdeep bukan kerana politik, dendam

Lelaki serang Jagdeep bukan kerana politik, dendam

Polis mengesahkan serangan terhadap Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo di hadapan sebuah restoran di Tanjung Bungah di sini, pada Jumaat lalu bukan bermotifkan politik atau dendam.

Lelaki berkenaan yang juga warga asing berusia 60 tahun itu juga didapati tidak mengenali mangsa.



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa datang ke premis berkenaan bersama ahli keluarga masing-masing bagi makan malam sebelum mangsa diserang di tempat letak kereta di hadapan restoran terbabit.

“Suspek ditahan di kediamannya di sekitar daerah ini beberapa jam selepas insiden itu.

“Siasatan mendapati berlaku sedikit salah faham antara suspek dan mangsa sebelum insiden berkenaan,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, siasatan awal juga mendapati kemungkinan besar suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berkenaan.



Katanya, polis turut menyiasat sekiranya terdapat kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi terbabit.

“Siasatan masih dijalankan namun kita boleh disahkan serangan itu tidak berunsurkan jenayah atau dendam politik.

“Suspek yang ditahan reman selama dua hari sudah dibebaskan semalam atas jaminan polis,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.



Terdahulu, media melaporkan Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat itu mengalami kecederaan pada pergelangan kaki dan kini dirawat di hospital swasta. HM

Lelaki serang Jagdeep bukan kerana politik, dendam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren



Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker