Ramai wanita Malaysia alami kanser ovari

Ramai wanita Malaysia alami kanser ovari

Kanser ovari merupakan antara penyakit kanser yang popular menyerang golongan wanita di Malaysia dan ia cenderong berlaku berdasarkan beberapa ciri khas yang ada pada seseorang individu itu.

Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Samhan Awang memaklumkan, kanser ovari adalah kanser ke-4 tertinggi yang berlaku di negara ini.

Katanya, ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga hormon seperti estrogen dan progesteron.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook hari ini, terdapat enam ciri-ciri wanita yang berisiko mengalami masalah kanser ovari.

“Siapa yang berisiko dapat kanser ovari? wanita yang tidak hamil, wanita tidak mempunyai banyak anak, sering makan makanan tinggi lemak dan obesiti, wanita yang telah capai akil baligh awal dan lewat menopaus, hamil pada usia lewat serta mempunyai sejarah keluarga yang ada kanser ovari,” kongsinya.

Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samhan turut berkongsi tanda-tanda seseorang itu berkemungkinan terdedah kepada kanser ovari.

“Antara tanda-tanda yang akan berlaku adalah keletihan yang melampau, kesakitan semasa hubungan seks, kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang atau kaki, terdapat bengkak di bahagian perut, mudah berasa loya, senak, gas, sembelit atau cirit-birit serta berlaku pendarahan faraj yang luar biasa,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, masalah kanser tersebut boleh diatasi dengan melakukan beberapa kaedah rawatan seperti menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kanser ovari.

“Selain itu, patuhi rawatan kemoterapi dan radioterapi bagi membunuh sel-sel kanser yang aktif,” jelasnya. K Online

Ramai wanita Malaysia alami kanser ovari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker