Budak 4 tahun kritikal terlebih dos methamphetamine

Budak 4 tahun kritikal terlebih dos methamphetamine

Seorang kanak-kanak kritikal dan kini menerima rawatan di hospital selepas didapati terdapat kandungan dadah dalam badannya.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) oleh ibunya kira-kira 5 pagi semalam.



Katanya, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, susulan itu pihak hospital kemudian melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat dan belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

“Susulan itu, bapa saudara mangsa berusia 30 tahun ditahan 10 malam tadi dan soal siasat yang dibuat. Suspek mengaku membawa anak saudaranya itu ke sesuatu tempat tapi menafikan ada memberinya dadah,” katanya, menurut laporan Harian Metro.



Muhamad Zaki berkata, mangsa yang kini masih kritikal sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan pihaknya sedang menunggu laporan lanjut.

Katanya, hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah.

“Permohonan reman akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. FMT

Budak 4 tahun kritikal terlebih dos methamphetamine




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]



Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker