Sistem dalam talian urusan pasport imigresen menyusahkan

Sistem dalam talian urusan pasport imigresen menyusahkan

PADA penghujung April lalu, Jabatan Imigresen melaporkan terdapat peningkatan ketara dalam bilangan permohonan janji temu melalui sistem janji temu dalam talian (STO) bagi urusan pembaharuan pasport sejak sempadan negara dibuka kembali awal bulan tersebut.

Bagi mengelak kesesakan sistem, Jabatan Imigresen telah memutuskan untuk memansuhkan STO di beberapa pejabat pengeluar pasport seluruh negara bermula Mei lalu.



Berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang telahpun menempah janji temu untuk permohonan pembaharuan pasport pada bulan April yang lalu dan perlu menunggu lebih kurang tiga bulan untuk menghadiri janji temu itu.

Namun, janji temu itu dibatalkan dan penulis perlu membuat permohonan mengikut prosedur yang baharu iaitu pemohon kini hanya perlu menghantar permohonan pembaharuan pasport mereka dalam talian dan hadir terus ke pejabat imigresen untuk mengambil pasport mereka.

Secara teorinya, sistem baharu ini tampak lebih mudah.

Kini, pemohon tidak perlu lagi menunggu berbulan-bulan lamanya untuk menghadiri janji temu yang ditempah melalui STO.



Mohon sahaja dalam talian, kemudian ambil sahaja pasport di pejabat imigresen.

Namun, rupa tidaklah seindah khabar. Aplikasi sistem baharu ini tidaklah lebih memudahkan pelanggan sebagaimana yang diinginkan oleh Jabatan Imigresen sendiri.

Walaupun semua urusan lain sudah selesai dalam talian, namun kini mereka tersangkut pula menunggu terlampau lama di pejabat imigresen hanya untuk mengambil pasport.

Berdasarkan tinjauan pantas di Twitter, pengguna @xbrieeejames telah berkongsi dalam rantaian ciapannya
(https://twitter.com/xbrieeejames/status/1527226414436851713?s=21&t=syVJc_pfNb-GdrXa0IHE3w) bahawa ada yang menunggu seawal jam 4.30 pagi lagi di pejabat imigresen untuk mendapat nombor giliran.



Dia sendiri berkongsi pengalamannya mengambil masa hampir seharian hanya untuk urusan mengambil pasportnya. Tidak cukup dengan itu, ramai pengguna Twitter lain turut mengirim ciapan balas untuk berkongsi pengalaman mereka berurusan dengan pihak imigresen yang kurang cekap dalam menjalankan tugas mereka.

Menunggu lama di pejabat imigresen merupakan perkara yang tidak asing lagi, tetapi sampai bila para pelanggan perlu mengalami isu ini tanpa perubahan yang dapat memudahkan ramai pihak?

Pelbagai cadangan telah diberikan oleh para pengguna yang pernah merasai sendiri betapa penatnya menunggu seharian untuk urusan yang sepatutnya boleh disiapkan dengan cepat jika mereka yang bertanggungjawab melakukan kerja dengan cekap.

Berdasarkan ciapan daripada pengguna Twitter @anisssurayaaa (https://twitter.com/anisssurayaaa/status/1526400435702988800?s=21&t=QK4-LJqB3xNM-
aMfP4UGCg ) yang berkata untuk pengambilan pasport yang telah siap tidak boleh diwakili oleh sesiapa malah perlu diambil oleh pemohon itu sendiri.



Oleh yang demikian, Jabatan Imigresen sepatutnya mempertimbangkan agar orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas boleh diwakili orang lain untuk urusan di pejabat agar mereka tidak perlu bersusah-payah mengerah tenaga dan menyeksa diri menunggu lama di sana.

Tambahan lagi, Jabatan Imigresen juga boleh menambah baik sistem permohonan pembaharuan pasport dengan menggabungkan cara lama dengan cara yang baharu.

Apa kata kalau Jabatan Imigresen beri janji temu secara sistematik, mengikut sistem “siapa cepat dia dapat”, untuk mengambil pasport yang telah dimohon? Bukankah mudah jika tiada lagi yang terpaksa beradu nasib untuk ambil nombor giliran? Semua orang hanya akan ambil pasport pada masa yang ditetapkan berdasarkan permohonan masing-masing sahaja.

Terdapat pelbagai aduan yang telah dibuat oleh masyarakat. Maka, pihak berwajib perlulah memainkan peranan dengan melakukan perubahan yang akan memudahkan ramai orang.



Oleh itu, wahai Jabatan Imigresen, mulakanlah penambaikan dengan segera. Janganlah sentap jika ada pelawak yang memerli kecekapan Jabatan Imigresen Malaysia kerana perkara ini sudah terbukti berlaku dan kami rakyat marhaen yang perlu menghadapnya!

Nuremylia Maisyara Rosli, mahasiswa Tahun Tiga Program Komunikasi,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sistem dalam talian urusan pasport imigresen menyusahkan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aksi Ariel Peluk, Pegang Paha Bunga Citra Lestari Atas Pentas Buat Peminat Doakan Cepat Kahwin [VIDEO]

Gaduh di Facebook membawa ke restoren

Bakti Allahyarham Adibah Noor, pelihara 41 ekor kucing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker