Ahli Parlimen Bukit Gantang bidas Hamzah. ‘sokong PM bukan jenayah jangan buang masa’

PETALING JAYA: Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tindakannya bersama lima lagi Ahli Parlimen Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan “jenayah” yang boleh diambil tindakan oleh parti itu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata Bersatu tidak harus membuang masa untuk sesuatu yang tidak jelas, malah tidak melanggar peraturan parti berkenaan yang kini terpaksa meminda perlembagaannya.

Tegasnya, tindakannya bersama Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan) hanya satu langkah politik membantu rakyat.



“Saya nasihatkan daripada buang masa ambil tindakan undang-undang yang belum tentu jelas dari segi peraturan-peraturannya sebab dalam peraturan Bersatu memang tidak ada lagi, buat apa cakap benda kosong.

“Baik cakap secara ‘gentleman’ buat khidmat terbaik untuk rakyat,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas keputusan Bersatu dalam mesyuarat malam tadi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wakil rakyat mereka menyokong Anwar, selain meminda Perkara 10 Perlembagaan parti menghalang insiden sama daripada berulang pada masa depan.

Wakil rakyat penggal kedua itu bagaimanapun bersedia berdepan tindakan daripada partinya itu.



“Saya terima sahaja, kalau mahkamah dah putuskan kena ambil peguam jugalah, takkan nak serah diri macam itu sahaja.

“Kena tengok (peruntukan) peraturan itu, kalau tidak buang masa sahaja (di mahkamah),” katanya turut membidas Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin yang pernah menolak tindakan Umno menyamannya kerana keluar parti selepas PRU14.

Baharu dilantik mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup oleh Anwar, beliau menasihatkan Bersatu supaya menjaga wakil rakyatnya untuk mengelakkan lebih ramai mengalihkan sokongan.

“Sepatutnya setiap parti jagalah Ahli Parlimen masing-masing, bincang…barulah tidak orang nak pergi tempat lain.



“Ini dah setahun lebih rancang nak gulingkan kerajaan tak jadi-jadi, buang masa sahaja,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker