Annuar digesa jelaskan sebab guna syarikat luar untuk projek tiang lampu 5G

Annuar digesa jelaskan sebab guna syarikat luar untuk projek tiang lampu 5G

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menjelaskan kenapa perantara digunakan untuk projek tiang lampu pintar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Fahmi berpandangan DBKL yang seharusnya diberi lesen untuk melaksanakan projek itu sendiri, yang akan membolehkan DBKL menerima pendapatan apabila menyewanya kepada syarikat telekomunikasi, pada masa sama mengurangkan kos yang bakal ditanggung pengguna.



Fahmi berkata dia difahamkan pihak yang menjadi perantara akan menyewakan tiang lampu itu – yang digunakan sebagai menara antena telekomunikasi selain sebagai lampu jalan – kepada syarikat telekomunikasi dengan kadar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan untuk sebatang tiang.

“Jika MCMC berunding secara terus dengan DBKL, warga Kuala Lumpur dan mereka yang datang ke Kuala Lumpur akan menerima lebih manfaat daripada peningkatan pendapatan DBKL.

“Dengan kata lain, syarikat perantara ini, semua 29 syarikat, tidak perlu pun dilibatkan. Pada pandangan saya, jika DBKL mengeluarkan kontrak sendiri, mereka akan mendapat lebih daripada RM850 bagi sebatang tiang setiap bulan – dua, tiga atau empat kali ganda daripada itu.

“Jika DBKL mengenakan caj secara terus kepada syarikat telekomunikasi, mungkin bukan RM4,000 tapi RM1,600, ia juga bermakna syarikat tidak perlu kenakan caj lebih kepada pelanggan mereka. Harga untuk kita menggunakan perkhidmatan syarikat ini, termasuk 5G, secara tidak langsung dikurangkan,” katanya lagi.



Projek tiang lampu pintar DBKL mengundang perhatian setelah Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan kontrak RM30.75 juta yang dikeluarkan untuk menggantikan 200 tiang lampu di ibu kota.

Projek itu dijangka bermula bulan ini sehingga Mei 2023.

Sejak itu, satu syarikat subkontraktor menjelaskan kos projek itu sepenuhnya ditanggung kontraktor utama, iaitu pembuat produk konkrit Ennova Sdn Bhd.

Selain itu, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim berkata DBKL tidak akan mengeluarkan sebarang belanja untuk projek itu tetapi akan menerima bayaran sewa RM850 bagi setiap tiang untuk setiap bulan.



Menurut Shahidan, setakat ini 1,000 tiang sdah dibina oleh 29 syarikat yang diberi kebenaran oleh MCMC.

Namun Fahmi berkata sewa RM850 itu terlalu rendah dan di bawah harga pasaran memandangkan PBT lain seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengenakan bayaran lebih tinggi.

Dalam pada itu, dia berkata pendengaran awam perlu dibuat sebelum tiang lampu itu dipasang, seperti mana menara telekomunikasi yang lain. Mk

Annuar digesa jelaskan sebab guna syarikat luar untuk projek tiang lampu 5G




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker