Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan



Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan

Johor Bahru: Qari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan qariah Selangor, Sofizah Mousin muncul johan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1443H/2022M, malam ini.

Aiman Ridhwan mengumpul 89.34 peratus markah manakala Sofizah mendapat markah 85 peratus.

Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000,piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili Malaysia bagi menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur, pada 17 hingga 22 Oktober depan.




Tunku Mahkota Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang memulakan tugas sebagai Pemangku Raja berkenan mencemar duli merasmikan penutup MTHQK Tahun 1443H/2022M dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Turut hadir isteri baginda,Che Puan Khaleeda Bustamam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tempat kedua Tilawah al-Quran pula dimenangi qari dari Pulau Pinang, Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir (89 peratus) dan qariah dari Melaka, Sarrul-Munirah Haris (84.33 peratus).

Mereka membawa pulang RM10,000 dan tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi qari dari Melaka, Azraie Abdul Hak (86.67 peratus) dan qariah dari Perak, Nurul Syafiqah Nardi (82.34 peratus), yang membawa pulang RM7,500, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.




Sementara itu, hafiz dari Kelantan, Abdullah Ulwan Ismail diumumkan Johan Hafazan bagi kategori 1 hingga 30 juzuk beserta tafsir apabila memperoleh 97.25 peratus markah, manakala hafizah dari Johor Nurjahidah Hadirah [email protected] dinobatkan sebagai johan dengan markah 94.51 peratus.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000; tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji dan piala iringan.

Bagi kategori 1 hingga 20 juzuk, hafiz dari Johor, Ahmad Ikmal Mohd. Ridhuan meraih johan (98.16 peratus), manakala hafizah dimenangi Nurul Husna Abdul Aziz dari Kedah dengan markah 96.96 peratus.

Bagi kategori 1 hingga 10 juzuk beserta tarannum, dimenangi hafiz, Muhammad Jibril Mohd. Hanafiah dari Pahang (98.30 peratus), manakala hafizah dimenangi Fatimah Azzahra Mohd. Shahrol dari Johor dengan markah keseluruhan 97.05 peratus.

Johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran dimenangi negeri Johor. HM




Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Leave a Reply

Your email address will not be published.