Bersatu Bahagian Kangar didakwa lumpuh, ketua cawangan, AJK dan ahli keluar parti

Bersatu Bahagian Kangar didakwa lumpuh, ketua cawangan, AJK dan ahli keluar parti

Bersatu Bahagian Kangar didakwa lumpuh selepas hampir semua ahli jawatankuasa (AJK) dan ketua di lapan cawangannya meletak jawatan serta keluar parti.

Utusan Malaysia melaporkan hampir 1,000 ahli di bahagian itu dikatakan turut mengikut langkah sama, selepas hilang kepercayaan kepada Ketua Bahagian merangkap Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah.



Selain Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Kangar, Shaharani Husin, turut meletak jawatan ialah ketua Pemuda Bersatu dan pemangku ketua Wanita selepas mencapai kata sepakat kecewa dengan kepimpinan Abu Bakar.

Naib Ketua Bersatu Bahagian Arau, Sharif Abdul Razak turut mengumumkan peletakan jawatannya.

Difahamkan, kepimpinan bahagian itu kini tinggal Abu Bakar dan beberapa AJK.

Shaharani berkata, kepimpinan bahagian dan negeri dilihat lari daripada perjuangan asal parti, selain bersifat berat sebelah dengan meminggirkan kebanyakan AJK yang menang dalam pemilihan parti sebelum ini.



Beliau berkata, pihaknya tiada masalah dengan kepimpinan Bersatu pusat, sebaliknya keputusan itu akibat kecewa dengan Abu Bakar.

“Lantikan yang dilakukan Abu Bakar dalam senarai AJK bahagian dilihat seperti meminggirkan kami yang menang dalam pemilihan sebelum ini.”

Katanya, tindakan meletak jawatan dan keluar parti beramai-ramai itu secara tidak langsung menyebabkan Bersatu Bahagian Kangar lumpuh dan memberi kesan kepada kepimpinan negeri menjelang pilihan raya umum ke-15.

Buat masa ini, katanya, mereka belum memutuskan untuk menyertai parti lain.



Sementara itu, Setiausaha Bersatu Bahagian Kangar, Azahar Hassan bagaimanapun menafikan bahagian itu lumpuh.

Katanya, hanya tiga ketua cawangan dan beberapa AJK meletak jawatan serta keluar parti. FMT

Bersatu Bahagian Kangar didakwa lumpuh, ketua cawangan, AJK dan ahli keluar parti


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker