Bantu kami kesan Ali

Bantu kami kesan Ali

Seorang ibu bimbang akan keselamatan anak lelakinya berusia 16 tahun yang hilang dari kediaman mereka di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, dekat sini, sejak awal pagi semalam.

Wan Esuriyanti Wan Ahmad, berkata anaknya, Ali Imran Naseruddin yang juga pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4, didapati keluar dari kediaman kira-kira jam 4 pagi dan gagal dihubungi sehingga kini.

BH Online melaporkan, wanita itu menyedari anak bongsu dari dua beradik itu tiada di dalam biliknya ketika mahu mengejutkannya untuk bersiap ke sekolah, kira-kira jam 5.30 pagi.

“Semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah pengawal menunjukkan kelibat seorang remaja bercermin mata kelihatan seperti Ali berjalan keluar dari kawasan kejiranan ini kira-kira jam 4 pagi.

“Menerusi rakaman itu juga, Ali dilihat memakai baju hitam dan jaket kegemarannya, berseluar denim serta topi berjalan melepasi rumah pengawal dengan membawa satu beg kecil berwarna biru,” katanya.

Wan Esuriyanti berkata, beliau sempat berbual-bual dengan Ali ketika hendak menidurkannya di bilik, kira-kira jam 11.30 malam sebelum hari kejadian.

“Saya cuba menghubungi tetapi telefon bimbitnya dimatikan dan sebelum ini, Ali menutup khidmat mengesan lokasi di telefon bimbitnya itu kerana mahu menjimatkan bateri.

“Ali seorang anak yang baik, penyayang dan bersopan santun. Saya minta orang ramai mendoakan keselamatan Ali dan membantu mencarinya,” katanya.

Selepas cukup tempoh 24 jam kehilangan Ali, Wan Esuriyanti membuat satu laporan polis di Balai Polis Puchong, hari ini, sebelum kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan ia diklasifikasikan sebagai kes orang hilang.

Beliau memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai di mana keberadaan Ali atau ada ternampaknya agar menghubunginya di talian 019-2216483 atau suaminya, Naserudin Wahab di talian 011-31770502. HM

Bantu kami kesan Ali


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker