Aksi kejar mengejar selama 20 minit, akhirnya penyamun diberkas polis

Aksi penjenayah dikejar polis lebih 20 minit berakhir apabila kereta dipandu suspek merempuh tembok penghadang jalan di Penchala Link, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek berusia 26 tahun pada mulanya enggan berhenti untuk pemeriksaan polis di Persiaran Surian, Kota Damansara, kira-kira pukul 3.48 pagi.

“Suspek yang bekerja di sebuah kedai dobi di Subang Jaya itu, kemudiannya memecut laju sejauh 10 kilometer sehingga terbabas melanggar tembok penghadang jalan.



“Motif suspek melarikan diri adalah kerana positif dadah jenis syabu, terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan disyaki memiliki peralatan pecah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kereta jenis Proton Waja milik suspek turut dirampas untuk pemeriksaan lanjut.

Suspek yang ditangkap ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha



Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial



Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker