Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan sedang menyiasat sama ada wabak cacar monyet boleh menular secara seksual selepas virusnya dikesan dalam air mani pesakit, lapor akhbar New York Post semalam.
Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, pihaknya memandang serius penemuan tersebut oleh saintis di Itali dan Jerman.
“Ini mungkin sesuatu yang tidak pernah disedari berkenaan wabak cacar monyet sebelum ini.
“Kami perlu memberi tumpuan kepada cara penularan yang paling kerap berlaku dan apa yang jelas buat masa ini adalah virus cacar monyet dikaitkan dengan sentuhan kulit ke kulit,” kata Pengurus Insiden Cacar Monyet WHO/Eropah, Catherine Smallwood.
WHO memberi amaran sejak beberapa minggu lalu bahawa penyebaran semasa yang membimbangkan ke berpuluh-puluh negara baharu adalah melibatkan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.
Situasi tersebut dikesan dalam 99 peratus daripada 152 pesakit cacar monyet di England, demikian menurut Agensi Keselamatan Kesihatan Britain.
Britain mempunyai kes disahkan paling banyak dengan sekurang-kurangnya 470 jangkitan.
Bagaimanapun, pengesanan air mani pesakit cacar monyet di Itali dan Jerman meningkatkan kemungkinan bahawa wabak itu sebenarnya berjangkit secara seksual.
Ini termasuk sampel yang diuji di dalam makmal. Kajian itu mendapati virus cacar monyet yang ditemui di dalam air mani pesakit mampu menjangkiti orang lain.
Sebagai langkah berjaga-jaga, WHO menasihati pesakit cacar monyet supaya menggunakan kondom selama 12 minggu sekiranya melakukan hubungan intim selepas mereka pulih.
Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge juga menggesa penganjur festival terutama berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyebaran cacar monyet.
Kluge memberi amaran bahawa percutian musim panas, penganjuran pesta LGBT (Pride), festival muzik dan perhimpunan besar-besaran lain adalah medium paling mudah untuk penularan wabak cacar monyhet.
Ini kerana golongan muda yang aktif secara seksual dan sering bertukar pasangan pada acara tersebut. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa Najib dapat naik MRT dulu?
- Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka
- Berita gembira! PM umum tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
- Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi
- Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen
- Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
- Ranking daya saing turun bukan salah PM, Najib beritahu Guan Eng
- Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
- Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal
- 7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM
- Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail
- Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
- Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai
Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah