Umat Islam perlu kutuk perbuatan roboh rumah orang Islam di India



Umat Islam perlu kutuk perbuatan roboh rumah orang Islam di India

Umat Islam di seluruh dunia diseru supaya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan meroboh rumah orang-orang Islam oleh puak parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) yang berlaku di Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, umat ​​Islam harus bersatu dalam hal tersebut selain menggesa agar kempen anti Muslim di India dihentikan segera.

Katanya, iika agenda anti Islam berterusan oleh kerajaan BJP, semua negara-negara Islam perlu memboikot India.

“Kami membantah sekeras-kerasnya penghinaan terhadap Nabi dan sama sekali tidak boleh diterima oleh umat Islam di mana-mana di dunia.




“Ini adalah contoh terbaharu tekanan dan penghinaan di bawah peraturan BJP mengenai isu-isu umat Islam daripada kebebasan beribadat kepada pemakaian tudung dan hijab.

“Perobohan rumah nampaknya cara yang diambil oleh kerajaan BJP untuk menghukum dan menindas umat Islam di India kerana membantah kempen anti Islam oleh kumpulan Hindu sayap kanan nasionalis,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Azmi berkata, India kini sedang meniru dasar Israel dalam menangani penentangan Palestin dengan merobohkan rumah.

Ujarnya, operasi untuk membersihkan umat Islam dari rumah mereka dan menghapuskan kewujudan Muslim di India kini menjadi agenda nasional BJP dan penyokongnya di kalangan sayap kanan RSS dan kumpulan VHP.

Katanya lagi, kerajaan BJP sedang menjalankan dasar menangani protes dengan cara yang keras.




“Umat Islam harus bersatu dan kami menyeru agar sebarang tindakan ganas terhadap umat Islam di India dihindarkan,” tambahnya. MG

Umat Islam perlu kutuk perbuatan roboh rumah orang Islam di India


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Leave a Reply

Your email address will not be published.