Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
BANGKOK – Seorang wanita di Thailand dilaporkan mengaku mengupah pembunuh upahan untuk membunuh suaminya kerana mangsa dikatakan kaki perempuan, lapor akhbar Bangkok Post semalam.
Suspek iaitu Charoensri Thongkham, 41, memberitahu polis bahawa dia bertindak demikian kerana marah dengan sikap suaminya yang gemar berfoya-foya bersama wanita lain.
Polis menemui Charoensri ketika dia sedang bekerja sebagai tukang urut di daerah Bang Khen dan dibawa ke balai untuk proses tahanan.
Charoensri memberitahu polis dia telah bersama suaminya selama 11 tahun, namun lelaki itu banyak berubah dan sering menjalin hubungan sulit dengan ramai wanita.
Lebih teruk lagi, dia telah membelanjakan gaji Charoensri dan memberikannya kepada wanita-wanita itu.
Apabila dia mengetahui apa yang berlaku, mereka sering bergaduh dan mangsa sering mencederakannya secara fizikal.
“Saya mencintai suami saya tetapi saya takut dibunuh apabila kami bergaduh kerana dia sering membawa pistol bersamanya.
“Jadi, sebelum saya dibunuh, lebih baik saya membunuhnya dahulu. Saya mendapat idea untuk mengupah pembunuh upahan dengan bayaran 100,000 baht (RM12,575),” kata Charoensri.
Apabila pembunuh upahan membunuh suaminya, pembunuh upahan itu turut mencuri kalung emas dan pistol mangsa. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa Najib dapat naik MRT dulu?
- Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka
- Berita gembira! PM umum tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
- Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi
- Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen
- Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
- Ranking daya saing turun bukan salah PM, Najib beritahu Guan Eng
- Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
- Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal
- 7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM
- Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail
- Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
- Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai
Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
You must be logged in to post a comment.