Elizabeth Tan tanyang bikini pink undang komen lelaki gatal

Elizabeth Tan tanyang bikini pink undang komen lelaki gatal

Penyanyi dan pelakon seksi, Elizabeth Tan sekali lagi mencuri perhatian peminat terutama lelaki miang apabila sengaja menayang set bikini dan coli berwarna merah jambu miliknya.

Menerusi video pendek yang dimuat naik dalam Instagramnya itu, aksi gurauan Elizabeth atau mesra disapa Lizzy itu ternyata mengundang, sekali gus sengaja membuka ruang kepada netizen melemparkan komen nakal kepadanya.



“Nak tengok Lizzy pakai bikini?,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut terutama lelaki Muslim membanjiri platform tersebut dengan komen-komen nakal dan berbaur lucah.

“Wow pink! Boleh juga kalau Lizzy nak bagi tengok. Apa salahnya kan sesekali belanja berbikini.

“Tunjuklah Lizzy. Teringin dan dah lama sangat teringin nak tengok ni. Please (tolong) jangan hampakan kami.



“Lama kami tunggu, tapi tak ada pun, kecewalah dibuatnya,” tulis netizen.

Dalam pada itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang menegur kaum Adam yang seperti tiada langsung rasa malu selepas meninggalkan komen-komen menjengkelkan.

Terdahulu, Lizzy, 29, pernah menafikan dia sengaja beraksi nakal dan seksi dalam media sosial kerana ingin menarik perhatian peminat lelaki di luar sana. K Online

Elizabeth Tan tanyang bikini pink undang komen lelaki gatal




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker