Terima kasih PM, kesatuan pekerja kereta api lega projek KVDT2 diteruskan

Terima kasih PM, kesatuan pekerja kereta api lega projek KVDT2 diteruskan

Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu berasa lega kerana pertikaian antara kerajaan dan kontraktor projek Landasan Kereta Api Berkembar Lembah Klang (KVDT2) Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd akhirnya selesai.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri kerana menyelesaikan pertikaian itu di luar mahkamah,” kata presiden kesatuan, Abdul Razak Md Hassan kepada FMT.



Katanya, kesatuan itu berterima kasih kepada Ismail kerana mendengar kebimbangan mereka mengenai kelewatan penyiapan KVDT2 memandangkan projek itu bertujuan menyelesaikan isu kekerapan perjalanan dan perjalanan tertangguh.

Razak berharap kontraktor terbabit akan mengekalkan prestasi baik, mematuhi semua prosedur keselamatan dan menyiapkan projek mengikut jadual kerana penyiapannya tepat pada masa adalah penting untuk memastikan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dapat beroperasi pada kapasiti penuh.

Beliau berkata, kesatuan itu gembira Dhaya Maju LTAT dibenarkan meneruskan projek itu kerana kontraktor tersebut turut menjalankan kerja pada Fasa 1.

“Kami juga akan memantau projek itu bagi memastikan tiada masalah timbul antara pekerja Dhaya Maju LTAT dan KTMB,” katanya.



Dilaporkan pada 13 Jun bahawa pertikaian mengenai KVDT2 akhirnya diselesaikan dengan kerajaan memutuskan untuk membenarkan Dhaya Maju-LTAT meneruskan projek tersebut.

Peguam Kanan Persekutuan Asliza Ali memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Mei.

Asliza berkata, projek itu akan diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT dengan kos kontrak asal RM4.5 bilion dan terma pelaksanaan seperti yang dinyatakan dalam surat penerimaan pada 2019.

Pakar pengangkutan Rosli Azad Khan berkata, KVDT2 perlu diteruskan agar KTM dapat beroperasi pada kapasiti maksimum.



Rosli memberitahu FMT bahawa laluan yang berpanjangan tidak dibaiki mengakibatkan penurunan jumlah penumpang daripada 134,000 setiap hari pada 2015 kepada kurang 20,000 sehari pada 2022.

Beliau berkata, kegagalan untuk memulihkan landasan KVDT menyebabkan penumpang kembali menggunakan pengangkutan jalan dan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas yang lebih teruk sejak kebanyakan sekatan berkaitan wabak Covid-19 dimansuhkan.

Projek KVDT2 melibatkan pemulihan 265km landasan kereta api dari Salak Selatan di Kuala Lumpur ke Seremban dan dari Simpang Port Klang berdekatan MidValley di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Projek itu tertangguh dua kali sejak 2017, apabila ia dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kemudiannya dipulihkan dan dibatalkan sekali lagi oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga mencetuskan tindakan undang-undang oleh kontraktornya, Dhaya Maju-LTAT. FMT



Terima kasih PM, kesatuan pekerja kereta api lega projek KVDT2 diteruskan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)



Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker