Perbualan TMJ – Pan Gon: “Hampa dah tau, sudahlah” – Sanusi

Perbualan TMJ – Pan Gon: “Hampa dah tau, sudahlah” – Sanusi

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau ‘malas’ untuk mengulas lanjut mengenai perkongsian ‘story’ di akaun Instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai perbualan WhatsApp bersama pengendali skuad bola sepak negara, Kim Pan-gon.

Secara berseloroh, Muhammad Sanusi berkata, umum sedia maklum kenyataan yang dikeluarkan belum sebelum ini berhubung isu kuasa penuh yang diberikan kepada seseorang individu dalam sukan bola sepak.

“Saya malas nak cakap (perbualan antara Tunku Mahkota Johor dan Kim Pan Gon) awal-awal… (sekarang ini) hampa (semua) dah tau (pasal benda itu), sudahlah,” kata Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang, di Stargate di sini, pada Khamis.

Terdahulu, Tunku Ismail mendedahkan beliau merupakan individu pertama yang akan mengetahui kesebelasan utama pasukan negara dalam kempen Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023.

Perbualan WhatsApp antara Tunku Ismail dan Kim Pan-gon itu didedahkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di laman Story akaun Instagram peribadinya baru-baru ini.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, Pan-gon berkongsi senarai kesebelasan utama pasukan negara ketika aksi menentang Turkmenistan, Bahrain, Bangladesh serta satu aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Turut dikongsi ialah senarai pemilihan 23 orang pemain akhir yang terpilih didalam skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 berdasarkan posisi masing-masing. Awani

Perbualan TMJ – Pan Gon: “Hampa dah tau, sudahlah” – Sanusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker