Ibu mengandung dituduh hisap dadah kali ketiga

Ibu mengandung dituduh hisap dadah kali ketiga

KUALA PILAH – Seorang ibu mengandung dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyalah guna dadah melebihi dua kali.

Bagaimanapun, tertuduh, Fatin Farhana Ashaari, 34, dari Palong, Gemas mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.



Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati menggunakan dan memberikan dadah kepada diri sendiri jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Kesalahan dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin kira-kira pukul 3.15 petang pada 22 Ogos 2021.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman lebih berat di bawah Seksyen 39C(1)(b) akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan maksimum tiga kali sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan kes yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi itu disebut semula pada 19 Julai ini dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.



Fatin Farhana sebelum ini pernah disabit kesalahan yang sama di Mahkamah Majistret Tampin pada 9 Julai 2009 dan juga di mahkamah yang sama pada 23 Julai 2012. K Online

Ibu mengandung dituduh hisap dadah kali ketiga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie



#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker