Godam emel syarikat hingga rugi hampir RM4 juta, suami isteri ditahan

Godam emel syarikat hingga rugi hampir RM4 juta, suami isteri ditahan

Suami isteri ditahan selepas disyaki terlibat kes penipuan emel perniagaan atau “business email compromise” (BEC) yang menyebabkan seorang warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerugian RM3.9 juta.

Mereka ditahan ialah wanita tempatan berusia 41 tahun manakala suaminya warga Nigeria berusia 43 tahun selepas dipercayai menggodam emel melibatkan urusan pembelian simen sebanyak 41,000 tan metrik pada Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Mohd Kamarudin Md Din, berkata mereka ditahan di Semenyih, pada Isnin lalu susulan laporan polis dibuat pada 8 Jun oleh seorang lelaki warga UAE yang menetap di Dubai yang mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM3.9 juta.

“Mangsa telah berurusan dengan sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat melalui emel untuk pembelian simen berjumlah 41,000 tan metrik,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Kamarudin berkata, suspek disyaki menggodam emel dan menggunakan nama syarikat serta emel hampir sama dengan syarikat yang mangsa sedang berurusan.

“Suspek seterusnya mengarahkan mangsa membuat pembayaran bagi urusniaga tersebut melalui akaun keldai, setelah pembayaran dibuat, mangsa tidak menerima barangan yang dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Mercedes Benz S300L, sebuah kereta jenis Proton Exora serta enam telefon bimbit pelbagai jenama.

“Kita turut merampas dua utas jam tangan, dua buah komputer riba, 10 unit cop, barang kemas, dokumen dan pelbagai barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan yang djalankan,” katanya.

Kamarudin berkata, pihaknya juga telah mengambil tindakan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 untuk membekukan wang tunai berjumlah RM1.8 juta dari akaun bank milik syarikat suspek.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, berdasarkan statistik, sejumlah 57 kes penipuan BEC telah dilaporkan melibatkan jumlah kerugian RM49.2 juta pada 2021.

“Manakala pada bagi tempoh Januari hingga 13 Jun lalu, 23 kes telah dicatatkan dengan jumlah kerugian RM15.1 juta,” katanya.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, ahli perniagaan yang menggunakan emel dalam urusan seharian agar sentiasa berhati-hati.

“Pastikan emel yang diterima adalah benar-benar daripada pihak pembeli atau penjual. Waspada sekiranya terdapat arahan berkaitan perubahan akaun bank bagi tujuan pembayaran.

“Sebaiknya, hubungilah syarikat penjual, pembeli melalui panggilan telefon bagi mendapatkan pengesahan berkenaan perubahan akaun tersebut,” katanya. FMT

Godam emel syarikat hingga rugi hampir RM4 juta, suami isteri ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker