Haram buat bariatrik untuk cantik

PETALING JAYA: Mengubah rupa bentuk fizikal menerusi pembedahan seperti memotong usus supaya badan kurus untuk kelihatan cantik adalah haram.

Bagaimanapun, hukum menjalani pembedahan memotong usus itu harus jika untuk tujuan merawat penyakit seperti kegemukan yang memudaratkan nyawa atau kesihatan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, pembedahan membuang usus untuk kurus sama ada oleh lelaki atau perempuan adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah SWT.



“Perkara ini cukup jelas, jika memotong usus bukan untuk rawatan penyakit dan ia memudaratkan pula diri, hukumnya adalah haram.

“Membuat ‘tatoo’ pada diri pun Allah SWT larang, ini pula memudaratkan diri melakukan pembedahan memotong usus semata-mata untuk cantik.

“Tindakan seperti ini seolah-olah kita tidak reda dengan ciptaan Allah SWT,” katanya di sini semalam.

Pembedahan

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berpandangan bahawa jika individu yang melakukan pembedahan itu atas sebab malu dengan keadaan diri sehingga menyukarkannya untuk menghadapi masyarakat, maka hukumnya harus.



“Melalui pandangan saya, sekiranya dengan tidak membuat pembedahan itu ia membuatkan yang empunya badan berasa tidak selesa berada di hadapan khalayak ramai maka hukumnya harus. Kalau lebih hingga mengubah ciptaan Allah SWT hingga menjadi orang lain itu haram,” katanya.

Penceramah selebriti, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat pula berkata, perbuatan melakukan pembedahan tersebut atas tujuan kecantikan semata-mata amat dilarang oleh agama.

Menurut beliau, pembedahan tersebut hanya boleh dilakukan kepada individu-individu yang perlu sahaja demi menjaga kesihatan mereka supaya tidak terjejas dengan masalah berat berlebihan.

“Kalau hanya tujuannya untuk penampilan atau untuk terlihat menjadi lebih cantik dan sebagainya, maka hukumnya haram. Kita kena ingat hukum membuang atau memotong mana-mana bahagian tubuh sama ada luar atau dalam untuk tujuan sebegitu maka ia salah.



“Melainkan dua sebab iaitu pertamanya, seperti yang disuruh oleh syarak contohnya memotong kuku, rambut dan tempat berkhatan. Kedua adalah kerana berubat, iaitu menolak perkara yang memudaratkan diri contohnya seperti penyakit kencing manis perlu potong kaki untuk mengelakkan keadaan semakin teruk jadi hukumnya diharuskan atau dibenarkan,” katanya.

Kecantikan

Seorang ulama, Muhammad Azmir Azizan berkata, bariatrik hanya semata-mata untuk tujuan kecantikan adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam dan perlu dielakkan.

Beliau yang juga Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) berkata, hal demikian kerana tidak ada darurat atau hajiyat untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, menurut beliau, sekiranya pembedahan tersebut untuk tujuan kesihatan adalah diharuskan berpandukan atas nasihat doktor.



“Ia berkait dengan dharurat iaitu kalau kalau tidak melakukan pembedahan boleh hilang nyawa. Jadi ia diharuskan.

“Pembedahan untuk tujuan kecantikan ini adalah seolah-olah kita mengubah ciptaan Allah SWT dan ia tidak dibenarkan. Sebaik-baiknya elakkan perkara itu,” katanya.- UTUSAN

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker