Biadap! Warga asing sokong ahli politik India hina Nabi Muhammad depan Batu Cave disiasat polis

Tangkap layar video tular di TikTok

 

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung video tular menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan sekumpulan lelaki warga asing menyokong tindakan ahli politik India menghina Nabi Muhammad SAW.

Difahamkan, video itu tular di aplikasi TikTok memaparkan sekumpulan warga asing mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan ahli politik India yang menghina Nabi Muhammad SAW di negara itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan mendapati video berkenaan dirakam di hadapan sebuah kuil di Batu Caves.

“Rakaman video terbabit dikesan tular di pelbagai aplikasi media sosial yang lain seperti Facebook dan WhatsApp.

“Susulan itu, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan/undang-undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai diminta agar sentiasa prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” tegasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker