Takiyuddin dakwa orang luar bising bukan Orang Asli
Takiyuddin dakwa orang luar bising bukan Orang Asli
Kerajaan beri jaminan projek Empangan Nenggiri di Gua Musang tidak menjejaskan kehidupan Orang Asli di kawasan tersebut selain menempelak kumpulan yang buat `bising’ itu adalah pihak luar.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, dengan adanya projek tersebut, kehidupan masyarakat Orang Asli suku Temiar akan lebih baik.
“Mereka yang serah memorandum protes itu bukan penduduk dari sana. Saya dari Kelantan dan saya pun kenal Orang Asli yang tinggal di situ,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 7 Jun lalu, sekumpulan 100 Orang Asli hadir di sini menyerahkan memorandum bantahan projek hidroelektrik di Gua Musang kepada wakil Perdana Menteri, Faizal Sufar.
Perhimpunan aman diketuai Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Mustafa Along itu mendakwa projek tersebut bakal menjejaskan kira-kira 1,185 penduduk melibatkan 18 kampung.
Projek bernilai RM5 bilion itu bakal menyalurkan kapasiti 300 megawatt Tenaga Boleh Baharu untuk Semenanjung dan dijangka siap pada 2026 sebelum beroperasi setahun kemudian.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang baru pulang dari perasmian Majlis Pecah Tanah projek itu pada Ahad lalu berkata, dakwaan kumpulan protes tersebut tidak benar sama sekali.
“Mereka yang terlibat dengan projek ini bukan sahaja diberi rumah baharu, malah tapak kebun selain segala kemudahan sosial yang lengkap seperti sekolah, balai raya dan sebagainya.
“Segala fasiliti ini akan terus dibiayai oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), bahkan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjadi orang tengah,” jelasnya lagi.
Justeru, kata beliau, kesemua isu pertikaian dengan penduduk asal di tiga perkampungan Orang Asli terbabit dengan projek itu sudah diselesaikan secara baik dan tiada lagi masalah baharu timbu
Secara keseluruhan, katanya, Empangan Nenggiri bukan sahaja membentuk tasik takungan utama seluas 54 hektar tetapi bakal berfungsi sebagai tebatan banjir bagi penduduk di hilir sungai. Utusan
Takiyuddin dakwa orang luar bising bukan Orang Asli
Baca Artikel Menarik:
- Puad bidas Annuar Musa
- Jurujual Lebam Gara-Gara Ular Tedung Selar
- PRU15 boleh diadakan selepas bajet wow – Tok Mat
- Paul Pogba sertai syarikat fintech Islam, Wahed sebagai duta jenama
- Disyaki rogol jiran OKU, pemandu lori ditahan
- Digantung MCA kerana berkempen dengan Mahathir, taikun akan bertemu Wee
- Sultan Johor Terima Kunjungan Penyanyi Rock Tersohor Amy, Kumpulan SEARCH
- Kelibat berdiri bukan hantu tapi Bella – saksi
- Gajah ‘berdendam’ pijak, lempar mayat wanita
- Lakonan Dolla Makan Maggi Pedas Giler Dipuji Netizen (Video)
- Penternak Thailand Beri Ayam Makan Ganja Untuk Hasilkan Daging Yang Lebih Empuk
- Hina Nabi Muhammad, kumpulan penggodam Malaysia serang laman web kerajaan India
- Haneesya dituduh sumbang mahram gara-gara workout dengan adik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka
You must be logged in to post a comment.